Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458940
Title: Pembangunan perisian penandaarasan untuk industri kecil dan sederhana
Authors: Tan Jun (P42549)
Supervisor: Baba Md. Deros, Prof. Dr. Haji
Keywords: Perisian penandaarasan
Industri kecil dan sederhana
Benchmarking (Management)
Issue Date: 27-Mar-2013
Description: Dalam pasaran yang penuh persaingan, syarikat-syarikat berjuang untuk mencari satu kaedah penambahbaikan bagi meningkatkan daya saing mereka dalam pasaran sengit ini. Antara teknik terbaik untuk mendapat dan mempertahankan kelebihan bersaing adalah melalui pelaksanaan teknik penandaarasan. Pengunaan teknik ini membolehkan syarikat mengetahui kelebihan dan kelemahan mereka dalam pasaran serta mengamalkan strategi-strategi tertentu untuk memperkuatkan kelebihan dan mengatasi kekurangan yang dihadapi. Akan tetapi, cara penggunaan merupakan kunci fakta kejayaan. Dengan ini, satu kaedah yang sistematik seharusnya diadakan supaya keputusan yang diingini dapat dicapai. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyediakan satu perisian untuk memudahkan pelaksanaan penandaarasan dan mempertingkatkan keputusan penandaarasan. Kaedah yang digunakan dibahagikan kepada tiga (3) bahagian. Bahagian pertama merupakan kajian kes yang dijalankan untuk memahami pelaksanaan penandaarasan di empat bahagian utama sebuah syarikat iaitu bahagian penyelidikan dan pembangunan, pembelian, proses kejuruteraan dan jaminan kualiti. Bahagian kedua menyediakan satu kerangka kerja sebagai garis panduan untuk pelaksanaan projek teknik penandaarasan. Bahagian ketiga pula membangunkan satu perisian untuk mempermudahkan proses pelaksanaan penandaarasan. Melalui kajian kes, keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa keempat-empat bahagian syarikat yang dikaji terdapat kelemahan masing-masing. Antara kelemahan yang ketara adalah kelemahan dalam pengurusan data penandaarasan dan tidak melaksanakan teknik penandaarasan dengan sistematik. Oleh itu, satu kerangka kerja atau dikenali sebagai kaedah kasar pelaksanaan penandaarasan telah dicadangkan dengan menggabungkan teori Dr. Deming's PDCA dan teori Six Sigma DMAIC. Ia dijadikan sebagai satu garis panduan yang menerangkan kaedah secara terperinci untuk menjalankan projek penandaarasan. Selain itu, satu perisian turut dibangunkan untuk memudahkan pelaksanaan dan mengoptimumkan hasil penandaarasan. Hasil daripada perisian ini telah dinilai oleh 30 orang responden. Kesemua responden berpendapat bahawa perisian ini sesuai dan mudah digunakan untuk proses penandaarasan. Akan tetapi, terdapat responden berpendapat bahawa paparan laporan penandaarasan tidak begitu menarik. Penambahbaikan perlu dilakukan supaya penggunaan perisian ini dapat dipertingkatkan. Secara keseluruhan, kerangka kerja dan perisian penandaarasan dapat membantu syarikat mempermudahkan pelaksanaan teknik penandaarasan dan akhirnya membantu syarikat untuk mencapai prestasi yang lebih baik dari segi kualiti, kos, penghantaran dan rantaian pembekalan. Kajian masa depan dicadangkan bahawa perisian ini dikaji semula dan fungsi-fungsi boleh ditambahbaikan. Selain itu, fungsi-fungsi baru seperti paparan laporan boleh dilampirkan untuk mempertingkatkan pelaksanaan teknik penandaarasan.,Master/Sarjana
Pages: 95
Call Number: QA76.76.D47T346 2013 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76854+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.