Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458932
Title: Peranan sel psikologi dan kaunseling tentera darat (SPK TD) dalam menangani konflik keluarga tentera darat
Authors: Nora binti Ahmad @ Aziz (P67156 )
Supervisor: Adawiyah binti Hj Ismail, Dr.
Keywords: Konflik keluarga tentera darat
Marriage counseling
Sel psikologi dan kaunseling tentera darat
Issue Date: 2014
Description: Isu mengenai konflik rumah tangga sering berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini tanpa mengira usia, latar belakang, pangkat dan kerjaya. Bagaimanapun, Tentera Darat (TD) berusaha membantu warganya kerana didapati anggota TD turut berhadapan dengan konflik keluarga. Ini berdasarkan statistik kes kekeluargaan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Salah satu konflik keluarga ialah berlakunya peningkatan kes perceraian pada tahun 2012 sebanyak 82 kes kepada 199 kes pada tahun 2013. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji punca-punca yang menyebabkan berlaku konflik keluarga anggota TD, mengemukakan kaedah penyelesaian konflik keluarga menurut Islam dan mengkaji peranan yang dimainkan oleh Sel Psikologi dan Kaunseling TD (SPK TD) dalam menangani konflik keluarga anggota TD. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif melalui pendekatan kajian tinjauan. Pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 301 orang responden dari kalangan anggota TD yang berkeluarga. Manakala penganalisisan data pula menggunakan teknik statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan purata. Dapatan kajian menunjukkan konflik keluarga TD yang tertinggi ialah berpunca dari masalah komunikasi iaitu 276 orang (91.7%). Justeru itu, kaedah penyelesaian kepada konflik keluarga TD yang sesuai ialah pendekatan pihak suami dan isteri iaitu 296 orang (98.3%). Pendekatan pihak suami seperti memberi nasihat, pemulauan dan memukul tanpa menyakiti. Manakala pendekatan pihak isteri seperti bertolak ansur, berbaik sangka dan bersabar. Sel Psikologi dan Kaunseling TD (SPK TD) boleh membantu anggota TD yang menghadapi konflik keluarga dengan melaksanakan pendekatan kaunseling Islam sebagai langkah terbaik demi kebahagiaan keluarga TD.,Master/Sarjana
Pages: 219
Call Number: HQ10.N646 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76806+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.