Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458932
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAdawiyah binti Hj Ismail, Dr.
dc.contributor.authorNora binti Ahmad @ Aziz (P67156 )
dc.date.accessioned2023-09-13T07:37:15Z-
dc.date.available2023-09-13T07:37:15Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76806
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458932-
dc.descriptionIsu mengenai konflik rumah tangga sering berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini tanpa mengira usia, latar belakang, pangkat dan kerjaya. Bagaimanapun, Tentera Darat (TD) berusaha membantu warganya kerana didapati anggota TD turut berhadapan dengan konflik keluarga. Ini berdasarkan statistik kes kekeluargaan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Salah satu konflik keluarga ialah berlakunya peningkatan kes perceraian pada tahun 2012 sebanyak 82 kes kepada 199 kes pada tahun 2013. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji punca-punca yang menyebabkan berlaku konflik keluarga anggota TD, mengemukakan kaedah penyelesaian konflik keluarga menurut Islam dan mengkaji peranan yang dimainkan oleh Sel Psikologi dan Kaunseling TD (SPK TD) dalam menangani konflik keluarga anggota TD. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif melalui pendekatan kajian tinjauan. Pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 301 orang responden dari kalangan anggota TD yang berkeluarga. Manakala penganalisisan data pula menggunakan teknik statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan purata. Dapatan kajian menunjukkan konflik keluarga TD yang tertinggi ialah berpunca dari masalah komunikasi iaitu 276 orang (91.7%). Justeru itu, kaedah penyelesaian kepada konflik keluarga TD yang sesuai ialah pendekatan pihak suami dan isteri iaitu 296 orang (98.3%). Pendekatan pihak suami seperti memberi nasihat, pemulauan dan memukul tanpa menyakiti. Manakala pendekatan pihak isteri seperti bertolak ansur, berbaik sangka dan bersabar. Sel Psikologi dan Kaunseling TD (SPK TD) boleh membantu anggota TD yang menghadapi konflik keluarga dengan melaksanakan pendekatan kaunseling Islam sebagai langkah terbaik demi kebahagiaan keluarga TD.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKonflik keluarga tentera darat
dc.subjectMarriage counseling
dc.subjectSel psikologi dan kaunseling tentera darat
dc.titlePeranan sel psikologi dan kaunseling tentera darat (SPK TD) dalam menangani konflik keluarga tentera darat
dc.typetheses
dc.format.pages219
dc.identifier.callnoHQ10.N646 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76806+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.