Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458930
Title: Penilaian kepada peranan koperasi sekolah dalam membentuk gaya kepimpinan pelajar
Authors: Rohaida Mohamad Dhalan (P67060)
Supervisor: Razaleigh Bin Muhamat@Kawangit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kepimpinan pelajar
Peranan koperasi sekolah
Business education
Leadership in adolescents
Issue Date: 2014
Description: Koperasi sekolah diurus tadbir oleh pelajar di bawah bimbingan pengetua sekolah dan guru-guru dengan bantuan pengawasan bersama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tranformasi berlaku kepada peranan koperasi sekolah daripada perniagaan alat tulis kepada bidang pelancongan, keusahawanan dan peruncitan dengan menampilkan tokoh kepimpinan koperasi yang dinamik sehingga diiktiraf pada Sambutan Hari Koperasi Sekolah Terbaik setiap tahun. Walaupun begitu, kepimpinan pelajar dalam koperasi sekolah tidak benar-benar mengaplikasikan prinsip dan nilai koperasi lantaran masih terdapat kecurian, tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dan mengharapkan bayaran di atas tugas yang dijalankan. Justeru itu objektif kajian ini ialah untuk mengkaji peranan koperasi sekolah, mengenal pasti aktiviti yang berkesan, seterusnya menganalisis tanggapan pelajar dan menilai peluang yang disediakan oleh koperasi sekolah. Kajian ini turut menganalisis hubungan di antara keberkesanan aktiviti, tanggapan dan peluang pelajar dalam kepimpinan terhadap peranan koperasi sekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dan dijalankan kepada 100 orang ahli Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Temin Berhad Jerantut Pahang yang dipilih mengikut prosedur persampelan bertujuan dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan peranan utama koperasi sekolah adalah sebagai kedai koperasi yang membekalkan keperluan pelajar. Dalam memastikan keberkesanan aktiviti, koperasi sekolah mengutamakan penglibatan semua ahli dan mementingkan komunikasi yang baik. Hasil ujian korelasi Spearmen Rho menerangkan terdapat hubungan yang signifikan di antara keberkesanan aktiviti, tanggapan dan peluang pelajar dengan peranan koperasi sekolah. Implikasi kajian ini mendorong penambahbaikan dari segi kandungan mata pelajaran, mutu perkhidmatan anggota dan aktiviti koperasi untuk menghasilkan pemimpin pelajar yang mengaplikasikan prinsip dan nilai koperasi.,Master/Sarjana
Pages: 174
Call Number: HF1106 R638 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76801+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.