Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458930
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRazaleigh Bin Muhamat@Kawangit, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRohaida Mohamad Dhalan (P67060)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:37:11Z-
dc.date.available2023-09-13T07:37:11Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76801
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458930-
dc.descriptionKoperasi sekolah diurus tadbir oleh pelajar di bawah bimbingan pengetua sekolah dan guru-guru dengan bantuan pengawasan bersama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Tranformasi berlaku kepada peranan koperasi sekolah daripada perniagaan alat tulis kepada bidang pelancongan, keusahawanan dan peruncitan dengan menampilkan tokoh kepimpinan koperasi yang dinamik sehingga diiktiraf pada Sambutan Hari Koperasi Sekolah Terbaik setiap tahun. Walaupun begitu, kepimpinan pelajar dalam koperasi sekolah tidak benar-benar mengaplikasikan prinsip dan nilai koperasi lantaran masih terdapat kecurian, tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dan mengharapkan bayaran di atas tugas yang dijalankan. Justeru itu objektif kajian ini ialah untuk mengkaji peranan koperasi sekolah, mengenal pasti aktiviti yang berkesan, seterusnya menganalisis tanggapan pelajar dan menilai peluang yang disediakan oleh koperasi sekolah. Kajian ini turut menganalisis hubungan di antara keberkesanan aktiviti, tanggapan dan peluang pelajar dalam kepimpinan terhadap peranan koperasi sekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dan dijalankan kepada 100 orang ahli Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Temin Berhad Jerantut Pahang yang dipilih mengikut prosedur persampelan bertujuan dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian ini menunjukkan peranan utama koperasi sekolah adalah sebagai kedai koperasi yang membekalkan keperluan pelajar. Dalam memastikan keberkesanan aktiviti, koperasi sekolah mengutamakan penglibatan semua ahli dan mementingkan komunikasi yang baik. Hasil ujian korelasi Spearmen Rho menerangkan terdapat hubungan yang signifikan di antara keberkesanan aktiviti, tanggapan dan peluang pelajar dengan peranan koperasi sekolah. Implikasi kajian ini mendorong penambahbaikan dari segi kandungan mata pelajaran, mutu perkhidmatan anggota dan aktiviti koperasi untuk menghasilkan pemimpin pelajar yang mengaplikasikan prinsip dan nilai koperasi.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKepimpinan pelajar
dc.subjectPeranan koperasi sekolah
dc.subjectBusiness education
dc.subjectLeadership in adolescents
dc.titlePenilaian kepada peranan koperasi sekolah dalam membentuk gaya kepimpinan pelajar
dc.typetheses
dc.format.pages174
dc.identifier.callnoHF1106 R638 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76801+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.