Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458907
Title: | Aplikasi takhrij dalam latihan ilmiah prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2010 |
Authors: | Muhammed Suffian bin Abd Aziz (P42648) |
Supervisor: | Ahamad Asmadi bin Sakat, Dr. |
Keywords: | Aplikasi takhrij Latihan ilmiah prasiswazah Hadith Authorities |
Issue Date: | 15-May-2014 |
Description: | Takhrij ialah menyandarkan hadis kepada sumber asalnya setelah dilakukan kajian mendalam tentang keadaannya sama ada diterima atau ditolak. Takhrij berperanan membantu seorang pengkaji mengesan keberadaan hadis dalam sumbernya yang asal dan mengetahui keabsahannya. Aplikasi takhrij dalam penulisan ilmiah akan menjadikannya lebih berkualiti. Kajian ini bertujuan menilai tahap aplikasi takhrij oleh pelajar prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2010 dalam latihan ilmiah mereka. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti bilangan dan peratusan hadis yang ditakhrij dengan lengkap mengikut jabatan, mengkaji perbezaan antara jabatan dalam menyatakan aspek-aspek takhrij dan mengkaji hubungan kecenderungan dalam menyatakan suatu aspek takhrij dengan suatu aspek takhrij yang lain. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang melibatkan ujian ANOVA satu hala dan Ujian Kolerasi Pearson. Bilangan sampel yang dikaji ialah lima daripada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, lapan daripada Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, sembilan daripada Jabatan Usuluddin dan Falsafah, 16 daripada Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan 18 daripada Jabatan Syariah. Hasil kajian menunjukkan latihan ilmiah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah mempunyai jumlah hadis yang ditakhrij dengan lengkap paling banyak (64.34%). Latihan ilmiah di Jabatan Syariah mempunyai jumlah hadis yang ditakhrij dengan lengkap kedua terbanyak (12.39%). Manakala tiada peratusan hadis dalam latihan ilmiah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam yang ditakhrij dengan lengkap. Terdapat (6.45%) hadis dalam latihan ilmiah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah yang ditakhrij dengan lengkap, sementara hanya (5%) hadis dalam latihan ilmiah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan yang ditakhrij dengan lengkap. Selain itu, terdapat perbezaan yang nyata antara jabatan dalam menyatakan aspek takhrij. Terdapat juga hubungan yang nyata dalam kecenderungan menyatakan suatu aspek takhrij dengan suatu aspek takhrij yang lain. Implikasi daripada hadis yang ditakhrij dengan lengkap dalam latihan ilmiah boleh membantu meningkatkan kualiti penulisan ilmiah khususnya di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya ketika menentukan keabsahan maklumat hadis.,Master/Sarjana |
Pages: | 79 |
Call Number: | BP136.48.M847 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 723.52 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.