Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458907
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhamad Asmadi bin Sakat, Dr.
dc.contributor.authorMuhammed Suffian bin Abd Aziz (P42648)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:27Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:27Z-
dc.date.issued2014-05-15
dc.identifier.otherukmvital:76435
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458907-
dc.descriptionTakhrij ialah menyandarkan hadis kepada sumber asalnya setelah dilakukan kajian mendalam tentang keadaannya sama ada diterima atau ditolak. Takhrij berperanan membantu seorang pengkaji mengesan keberadaan hadis dalam sumbernya yang asal dan mengetahui keabsahannya. Aplikasi takhrij dalam penulisan ilmiah akan menjadikannya lebih berkualiti. Kajian ini bertujuan menilai tahap aplikasi takhrij oleh pelajar prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2010 dalam latihan ilmiah mereka. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti bilangan dan peratusan hadis yang ditakhrij dengan lengkap mengikut jabatan, mengkaji perbezaan antara jabatan dalam menyatakan aspek-aspek takhrij dan mengkaji hubungan kecenderungan dalam menyatakan suatu aspek takhrij dengan suatu aspek takhrij yang lain. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang melibatkan ujian ANOVA satu hala dan Ujian Kolerasi Pearson. Bilangan sampel yang dikaji ialah lima daripada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, lapan daripada Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, sembilan daripada Jabatan Usuluddin dan Falsafah, 16 daripada Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan 18 daripada Jabatan Syariah. Hasil kajian menunjukkan latihan ilmiah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah mempunyai jumlah hadis yang ditakhrij dengan lengkap paling banyak (64.34%). Latihan ilmiah di Jabatan Syariah mempunyai jumlah hadis yang ditakhrij dengan lengkap kedua terbanyak (12.39%). Manakala tiada peratusan hadis dalam latihan ilmiah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam yang ditakhrij dengan lengkap. Terdapat (6.45%) hadis dalam latihan ilmiah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah yang ditakhrij dengan lengkap, sementara hanya (5%) hadis dalam latihan ilmiah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan yang ditakhrij dengan lengkap. Selain itu, terdapat perbezaan yang nyata antara jabatan dalam menyatakan aspek takhrij. Terdapat juga hubungan yang nyata dalam kecenderungan menyatakan suatu aspek takhrij dengan suatu aspek takhrij yang lain. Implikasi daripada hadis yang ditakhrij dengan lengkap dalam latihan ilmiah boleh membantu meningkatkan kualiti penulisan ilmiah khususnya di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya ketika menentukan keabsahan maklumat hadis.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectAplikasi takhrij
dc.subjectLatihan ilmiah prasiswazah
dc.subjectHadith
dc.subjectAuthorities
dc.titleAplikasi takhrij dalam latihan ilmiah prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2010
dc.typetheses
dc.format.pages79
dc.identifier.callnoBP136.48.M847 2014 tesis
dc.identifier.barcode001288
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
723.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.