Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458860
Title: Perlaksanaan Kaedah Pembentukan Sahsiah Pelajar Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah Di Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu
Authors: Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin (P52829)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Madya Dr.
Keywords: Perlaksanaan Kaedah Pembentukan Sahsiah Pelajar Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah Di Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu
Kaedah Pembentukan Sahsiah Pelajar Menurut Al-Quran Di Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu
Kaedah Pembentukan Sahsiah Pelajar Menurut Al-Sunnah Di Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu
Perlaksanaan Kaedah Pembentukan Sahsiah Pelajar Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah Di Terengganu
Muslim youth--Conduct of life
Issue Date: 7-Jun-2013
Description: Sekolah Menengah Agama IMTIAZ (SMI) Terengganu merupakan sekolah yang berusaha dalam pelaksanaan pendidikan Islam secara holistik. Penerapan ilmu agama dan sains secara sepadu dan seimbang bertujuan untuk melahirkan insan yang ideal lagi cemerlang dari aspek akademik dan juga keperibadian. Namun kejayaan melahirkan insan yang bersahsiah Islam belum dinilai secara ilmiah ke atas pelajar SMI. Maka kajian ini dilakukan untuk menganalisis kaedah pembentukan sahsiah Muslim, meneliti keselarian kaedah dengan pelaksanaannya dan mengenalpasti hubungan pelaksanaan pembentukan sahsiah Muslim dan penghayatan agama dalam kalangan pelajar di SMI Terengganu. Kajian ini menggunakan dua pendekatan untuk mendapatkan maklumat kajian; pertama kajian kepustakaan dan kedua kajian lapangan. Kajian kepustakaan menuntut pengkaji meneliti nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah dan juga teks-teks yang berkaitan dengan kaedah pembentukan sahsiah Muslim oleh para ulama dan sarjana Islam. Penulisan dan rekod yang berkaitan dengan SMI juga dijadikan sumber rujukan yang penting. Keduanya, kajian lapangan yang memerlukan pengkaji membina satu set soal selidik yang digunakan untuk memperoleh data daripada responden kajian yang terdiri daripada pelajar SMI di Terengganu. Kajian ini melibatkan 600 sampel daripada seluruh sekolah SMI Terengganu. Soal selidik yang dirangka disertakan dengan Indeks Personaliti Muslim. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembentukan sahsiah Muslim yang lengkap terdapat dalam khazanah ilmu Islam. Manakala pelaksanaannya dalam sistem pendidikan SMI ternyata wujud. Meskipun begitu para pelajar masih belum sepenuhnya mengamalkan kaedah ini pada tahap yang memuaskan. Ujian korelasi antara komponen-komponen dengan personaliti Muslim menunjukkan tahap signifikan yang seragam.,Master
Pages: 169
Call Number: BJ1292.Y6 .W346 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74965+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.