Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458858
Title: Ciri-ciri dan kegunaan flora dalam kitab al-Nabat oleh Abu Hanifah Ahmad bin Dawud al-Dinawari
Authors: Eiashah binti Yusof (P52113)
Supervisor: Roziah bt. Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
Keywords: Flora
Kitab al-Nabat
Abu Hanifah Ahmad bin Dawud al-Dinawari
al-Dinawari
Abu Hanifah Ahmad ibn Dawud
-- -approximately 895
-- Kitab al-nabat
Issue Date: 17-Dec-2013
Description: Perkembangan bidang pertanian dalam tamadun Islam telah menyemarakkan aktiviti intelektual apabila terhasilnya karya-karya mengenai tumbuhan atau flora oleh sarjana dalam bidang tersebut. Antara karya yang terhasil ialah Kitab al-Jamic li mufradat al-adwiyah wa al-aghdhiyah oleh Diya' al-Din Abi Muhammad cAbd Allah (Ibn Baytar), Kitab al-adwiyah al-mufradah oleh Abu Jacfar Ahmad bin Muhammad al-Ghafiqi dan Kitab al-Nabat oleh tokoh terkemuka Andalus iaitu Abu Hanifah Ahmad bin Dawud al-Dinawari. Namun, ciri-ciri dan penggunaan flora dalam Kitab al-Nabat yang dinyatakan oleh al-Dinawari lebih tepat dan huraiannya juga lebih mendalam. Seterusnya, Kitab al-Nabat juga menjadi sumber rujukan bagi kedua-dua kitab tersebut. Justeru, kajian ini membincangkan mengenai flora yang terdapat dalam Kitab al-Nabat tersebut.Ia bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri flora dalam Kitab al-Nabat dan mengesahkan pandangan bahawa Kitab al-Nabat sebuah karya botani yang hebat. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengetengahkan sumbangan al-Dinawari dalam bidang botani. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan dengan meneliti inti pati Kitab al-Nabat. Hasil kajian mendapati bahawa flora yang terdapat dalam Kitab al-Nabat terbahagi kepada dua jenis iaitu flora vaskular dan bukan vaskular. Flora vaskular mempunyai empat ciri iaitu flora berbiji, tidak berbiji, flora yang menghasilkan bunga dan tidak berbunga. Manakala ciri bagi flora bukan vaskular ialah tidak mempunyai bunga dan biji. Hasil kajian turut mendapati bahawa flora yang disebut dalam Kitab al-Nabat memberi manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Andalus seperti perindustrian makanan, pakaian, haruman, perusahaan berasaskan kayu, kosmetik dan perubatan. Implikasi kajian ini dapat memberi faedah dalam kajian botani. Di samping itu, ia juga dapat menyumbang maklumat dan rujukan penting dalam bidang sejarah dan falsafah sains Islam.,Master/Sarjana
Pages: 134
Call Number: QK41.E38 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74682+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.