Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458858
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoziah bt. Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorEiashah binti Yusof (P52113)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:34:52Z-
dc.date.available2023-09-13T07:34:52Z-
dc.date.issued2013-12-17
dc.identifier.otherukmvital:74682
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458858-
dc.descriptionPerkembangan bidang pertanian dalam tamadun Islam telah menyemarakkan aktiviti intelektual apabila terhasilnya karya-karya mengenai tumbuhan atau flora oleh sarjana dalam bidang tersebut. Antara karya yang terhasil ialah Kitab al-Jamic li mufradat al-adwiyah wa al-aghdhiyah oleh Diya' al-Din Abi Muhammad cAbd Allah (Ibn Baytar), Kitab al-adwiyah al-mufradah oleh Abu Jacfar Ahmad bin Muhammad al-Ghafiqi dan Kitab al-Nabat oleh tokoh terkemuka Andalus iaitu Abu Hanifah Ahmad bin Dawud al-Dinawari. Namun, ciri-ciri dan penggunaan flora dalam Kitab al-Nabat yang dinyatakan oleh al-Dinawari lebih tepat dan huraiannya juga lebih mendalam. Seterusnya, Kitab al-Nabat juga menjadi sumber rujukan bagi kedua-dua kitab tersebut. Justeru, kajian ini membincangkan mengenai flora yang terdapat dalam Kitab al-Nabat tersebut.Ia bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri flora dalam Kitab al-Nabat dan mengesahkan pandangan bahawa Kitab al-Nabat sebuah karya botani yang hebat. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengetengahkan sumbangan al-Dinawari dalam bidang botani. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan dengan meneliti inti pati Kitab al-Nabat. Hasil kajian mendapati bahawa flora yang terdapat dalam Kitab al-Nabat terbahagi kepada dua jenis iaitu flora vaskular dan bukan vaskular. Flora vaskular mempunyai empat ciri iaitu flora berbiji, tidak berbiji, flora yang menghasilkan bunga dan tidak berbunga. Manakala ciri bagi flora bukan vaskular ialah tidak mempunyai bunga dan biji. Hasil kajian turut mendapati bahawa flora yang disebut dalam Kitab al-Nabat memberi manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Andalus seperti perindustrian makanan, pakaian, haruman, perusahaan berasaskan kayu, kosmetik dan perubatan. Implikasi kajian ini dapat memberi faedah dalam kajian botani. Di samping itu, ia juga dapat menyumbang maklumat dan rujukan penting dalam bidang sejarah dan falsafah sains Islam.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectFlora
dc.subjectKitab al-Nabat
dc.subjectAbu Hanifah Ahmad bin Dawud al-Dinawari
dc.subjectal-Dinawari
dc.subjectAbu Hanifah Ahmad ibn Dawud
dc.subject-- -approximately 895
dc.subject-- Kitab al-nabat
dc.titleCiri-ciri dan kegunaan flora dalam kitab al-Nabat oleh Abu Hanifah Ahmad bin Dawud al-Dinawari
dc.typetheses
dc.format.pages134
dc.identifier.callnoQK41.E38 2013
dc.identifier.barcode000826
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74682+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.