Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458465
Title: | Tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan hubungannya dengan efikasi kendiri guru Pendidikan Islam (SK) Daerah Kuala Selangor |
Authors: | Mohd Izwan Jamaludin (P101666) |
Supervisor: | Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Muslim teachers -- Malaysia Teachers -- Self-rating of Teachers -- Attitudes Professional learning communities Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12 |
Description: | Guru pendidikan Islam yang mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan konsisten dan memiliki efikasi kendiri yang tinggi mampu memberikan kesan positif dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Konsep komuniti pembelajaran profesional mengandaikan murid mempunyai hak untuk belajar bersama guru, dan berhak untuk diajar Namun masih terdapat guru yang hanya menggunakan kaedah tradisional di dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Memililiki tahap efikasi kendiri yang rendah menyebabkan guru Pendidikan Islam tahu cara yang terbaik untuk pengajaran tetapi kurang melaksanakan dan sering berpandangan negatif. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan komuniti pembelajaran profesional, tahap efikasi kendiri, dan menganalisa hubungan dan perbezaan berdasarkan pengalaman mengajar dan lokasi (zon). Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada 196 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) di dalam Daerah Kuala Selangor melalui kaedah google form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20 Data kajian dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Hasil kajian membuktikan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan tahap efikasi kendiri berada pada tahap tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson menjelaskan hubungan amalan komuniti pembelajaran profesional yang tinggi, cenderung untuk memiliki efikasi kendiri yang tinggi. Hasil analisis inferensi ANOVA sehala, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang singnifikan bagi amalan komuniti pembelajaran profesional berdasarkan pengalaman mengajar dan lokasi (zon).,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 141 |
Call Number: | LC905.T42.M834 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130158+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.