Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458399
Title: Teori kitaran tamadun Malek Bennabi
Authors: Muhammad Syakur Ahmad (P90059)
Supervisor: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Dr.
Keywords: Islamic civilization -- Philosophy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  8
Description: Sejarah mendedahkan kewujudan tiga peringkat iaitu peringkat pra tamadun, bertamadun dan pasca tamadun di mana pada bila-bila masa masyarakat berada salah satu daripadanya dan dicirikan oleh nilai manusia, tanah dan masa. Malek Bennabi menumpukan kepada sejarah, sosiologi dan psikologi bagi memahami proses tamadun dan ciri-ciri Dunia Islam. Objektif utama kajian ini adalah mencerakinkan bentuk teori pra tamadun, mengklasifikasi bentuk teori bertamadun dan menformulasikan langkah-langkah dalam bentuk teori pasca tamadun dalam karya Syurut al-Nahdah; Islam In History And Society; On The Origins Of Human Society dan The Problem Of Ideas In The Muslim World. Malek Bennabi (1905-1973) pula dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan keautoritian dan sumbangannya dalam bidang sejarah dan tamadun. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis teks. Hasil kajian mendapati Malek Bennabi adalah tokoh pembaharuan Dunia Islam abad ke-20 dan historiografinya wajar diangkat dalam bidang sejarah dan tamadun. Relevensi historiografi beliau dalam mencetuskan teori kitaran tamadun terhadap milieu adalah signifikan. Pertama, peringkat pembentukan generasi perlu menyediakan empat unsur merangkumi manusia fitrah; bekalan tanah; proses masa; dan peranan agama. Kedua, peringkat kemakmuran pula merujuk empat faktor keperluan generasi kedua merangkumi manusia dinamik; pengekploitasian tanah; dan produktiviti masa. Ketiga, peringkat pemeribumian generasi ketiga diformulasikan kepada tiga langkah pemeribumian dengan cara mendiagnosis dan mengorientasikan ketiga-tiga elemen manusia, tanah dan masa pasca tamadun kepada penyatuan kitaran baru. Gagasan Malek Bennabi adalah berteraskan teori kitaran sejarah sebenar sebagaimana kaedah kajian diasaskan oleh Ibn Khaldun. Keseluruhan gagasan Malek Bennabi yang berkembang pasca kematiannya menjustifikasikan bahawa teori kitaran tamadun wajar dijadikan wadah menentukan kedudukan umat Islam dalam konteks kitaran tamadun, khususnya konteks Dunia Islam.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 205
Call Number: BP190.5.C54M8576 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129047+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.