Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458399
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azmul Fahimi Kamaruzaman, Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Syakur Ahmad (P90059) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:24:05Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:24:05Z | - |
dc.date.issued | 08/01/2021 | |
dc.identifier.other | ukmvital:129047 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458399 | - |
dc.description | Sejarah mendedahkan kewujudan tiga peringkat iaitu peringkat pra tamadun, bertamadun dan pasca tamadun di mana pada bila-bila masa masyarakat berada salah satu daripadanya dan dicirikan oleh nilai manusia, tanah dan masa. Malek Bennabi menumpukan kepada sejarah, sosiologi dan psikologi bagi memahami proses tamadun dan ciri-ciri Dunia Islam. Objektif utama kajian ini adalah mencerakinkan bentuk teori pra tamadun, mengklasifikasi bentuk teori bertamadun dan menformulasikan langkah-langkah dalam bentuk teori pasca tamadun dalam karya Syurut al-Nahdah; Islam In History And Society; On The Origins Of Human Society dan The Problem Of Ideas In The Muslim World. Malek Bennabi (1905-1973) pula dipilih sebagai subjek kajian berdasarkan keautoritian dan sumbangannya dalam bidang sejarah dan tamadun. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis teks. Hasil kajian mendapati Malek Bennabi adalah tokoh pembaharuan Dunia Islam abad ke-20 dan historiografinya wajar diangkat dalam bidang sejarah dan tamadun. Relevensi historiografi beliau dalam mencetuskan teori kitaran tamadun terhadap milieu adalah signifikan. Pertama, peringkat pembentukan generasi perlu menyediakan empat unsur merangkumi manusia fitrah; bekalan tanah; proses masa; dan peranan agama. Kedua, peringkat kemakmuran pula merujuk empat faktor keperluan generasi kedua merangkumi manusia dinamik; pengekploitasian tanah; dan produktiviti masa. Ketiga, peringkat pemeribumian generasi ketiga diformulasikan kepada tiga langkah pemeribumian dengan cara mendiagnosis dan mengorientasikan ketiga-tiga elemen manusia, tanah dan masa pasca tamadun kepada penyatuan kitaran baru. Gagasan Malek Bennabi adalah berteraskan teori kitaran sejarah sebenar sebagaimana kaedah kajian diasaskan oleh Ibn Khaldun. Keseluruhan gagasan Malek Bennabi yang berkembang pasca kematiannya menjustifikasikan bahawa teori kitaran tamadun wajar dijadikan wadah menentukan kedudukan umat Islam dalam konteks kitaran tamadun, khususnya konteks Dunia Islam.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Islamic civilization -- Philosophy | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Teori kitaran tamadun Malek Bennabi | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 205 | |
dc.identifier.callno | BP190.5.C54M8576 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006588(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129047+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.