Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458397
Title: Tahap kefahaman dan pengamalan adab pergaulan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan di Kajang
Authors: Nor Adilah Najwa Hassan (P85143)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Muslim youth -- Conduct of life
Muslim teenagers -- Social aspects
Muslim -- Religious ethics -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  7
Description: Adab pergaulan menurut Islam ialah kriteria seorang Muslim dalam pergaulan sesama manusia menurut al-Qur'an dan al-Sunnah. Isu pergaulan pelajar sesama manusia sentiasa mendapat perhatian masyarakat dan media sosial. Hal ini menyumbang kepada penglibatan sebahagian murid dalam masalah disiplin, gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pemahaman dan amalan pelajar terhadap adab pergaulan sesama manusia dalam Islam. Di samping itu, kajian ini menganalisis hubung kait antara kefahaman dengan amalan adab pergaulan pelajar sesama manusia. Kajian kuantitatif ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 200 responden tingkatan empat telah dipilih secara kaedah bertujuan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah dan Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan analisis korelasi. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kaijan menunjukkan tahap kefahaman adab pergaulan pelajar adalah tinggi (min=4.42), manakala tahap amalan adab pergaulan pelajar adalah sederhana dengan (min=3.47). Perbezaan ini menunjukan tahap kefahaman yang tinggi tidak semestinya dapat melahirkan murid yang mengamalkan adab. Kajian ini menunjukkan kefahaman adab pergaulan tidak menyeluruh kepada murid menyebabkan mereka kurang mengamalkan adab pergaulan dalam kehidupan yang diukur melalui amalan serta sikap mereka terhadap perintah agama. Oleh itu, memberi implikasi penting ke atas institusi keagamaan, pihak pendidikan, ibu bapa, guru dan masyarakat untuk terus memberi perhatian yang serius terhadap adab dan amalan pergaulan pelajar dan seterusnya dapat memperkasakan akhlak dan nilai keislaman di sepanjang hayat pelajar Muslim.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 127
Call Number: BP188.18.Y68N637 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129045+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.