Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458390
Title: | Hubungan sosial dan sikap netizen di tempat kerja selepas kedatangan media sosial |
Authors: | Khairun Nisak Suhaimi (P89968) |
Supervisor: | Muhammad Faisal Ashaari, Dr. |
Keywords: | Social media and society Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25 |
Description: | Penggunaan media sosial merupakan suatu keperluan di tempat kerja. Ia boleh membantu dalam meningkatkan kualiti komunikasi sesama pekerja dan juga dengan majikan. Dalam masa yang sama, media sosial juga boleh mempengaruhi emosi, kognitif dan tingkah laku dalam kalangan pekerja dan majikan. Sejauh manakah pengaruh ini berlaku dalam kalangan netizen di Malaysia. Oleh itu, kajian ini menganalisis perubahan sikap netizen dalam hubungan sosial di tempat kerja. Kajian juga mengkaji pengaruh penggunaan media sosial di tempat kerja terhadap emosi, kognitif dan tingkah laku dalam kalangan pekerja dan juga antara pekerja dengan majikan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi kajian ini. Seramai 542 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan pekerja. Hasil kajian menunjukkan perubahan sikap netizen dalam hubungan sosial di tempat kerja berada di tahap rendah. Seterusnya, kajian mendapati perubahan sikap netizen dari sudut emosi, kognitif dan tingkahlaku pada tahap sederhana. Analisis kolerasi Spearman's Rho menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara hubungan sosial di tempat kerja dengan sikap netizen di tempat kerja. Implikasi kajian ini pekerja perlu untuk menggalakkan penggunaan media sosial yang lebih matang sesama mereka manakala pihak majikan pula perlu memanfaatkan media ini dengan lebih berhemah. Implikasi kajian secara keseluruhannya menunjukkan media sosial boleh mengubah sikap netizen di tempat kerja khususnya daripada segi hubungan sosial.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 102 |
Call Number: | HM742.K48 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128728+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 574.48 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.