Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458384
Title: Pembelajaran bahasa Arab melalui kaedah Pusar di Akademi Bahasa Arab Hud Hud
Authors: Nur Afiza Mazuki (P77845)
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Dr.
Keywords: Arabic language -- Study and teaching -- Malaysia.
Arabic language -- Study and teaching -- Malay speakers.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  29
Description: Kaedah PUSAR merupakan suatu kaedah pembelajaran bahasa Arab yang diterapkan kepada pelajar. Walau bagaimanapun kaedah PUSAR ini belum dikenal pasti keupayaannya dalam memudahkan masyarakat awam mempelajari bahasa Arab. Oleh itu kajian ini bertujuan menjelaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan di Akademi Bahasa Arab Hud-Hud, mengesan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran kaedah PUSAR yang diperkenalkan oleh Akademi Bahasa Arab Hud- Hud dan menganalisis penerimaan pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran kaedah PUSAR. Lokasi kajian dijalankan di pejabat akademi, Open Universiti Bangi dan Masjid Teras Jernang, Bangi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data dikumpul daripada tiga instrumen, melalui korpus utama modul Kunci Memahami Bahasa al-Quran Kaedah PUSAR, temu bual dan pemerhatian dalam kelas. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif bagi menghuraikan pandangan dan penerimaan pelajar terhadap pendekatan kaedah PUSAR. Dapatan kajian menunjukkan kaedah PUSAR telah memberi impak positif kepada pelajar-pelajar dengan pendekatan tersendiri. Pendekatan PUSAR menggunakan al-Qur'an sebagai sumber utama dalam memahami bahasa Arab telah memenuhi kehendak masyarakat awam. Selain itu, cara penyampaian guru-guru PUSAR menggunakan pendekatan pengulangan dapat membantu pelajar mengingati setiap kaedah bahasa Arab. Pendekatan yang santai juga dapat mengurangkan tekanan masyarakat awam semasa proses pembelajaran berlangsung. Majoriti responden bersetuju bahawa kaedah PUSAR perlu diteruskan dalam pembelajaran. Kajian ini memberi implikasi kepada pembinaan modul bahasa Arab yang bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak pelajar dalam mempelajari bahasa Arab.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 110
Call Number: PJ6018.M3N837 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128395+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
503.92 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.