Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458304
Title: Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tahfiz program huffaz profesional di Universiti Tenaga Nasional
Authors: Muhammad Hafizan Abd Hamid (P78364)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Qur'an -- Memorizing -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  22
Description: Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi bermula secara formal dengan penubuhan Darul Quran JAKIM. Perkembangan pengajian tahfiz memperlihatkan penerimaan yang positif di peringkat pengajian tinggi dengan wujudnya pengajian tahfiz secara bersepadu di antara pengajian tahfiz dan akademik. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan sistem pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang perlu diperhalusi dan ditambah baik. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini bertujuan melihat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang melibatkan 83 responden pelajar lepasan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ini mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Maklum balas diperolehi melalui instrumen soal selidik. Data kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 19.0 melibatkan analisis deskriptif untuk menjelaskan profil responden dan analisis inferensi menerusi ujian-t untuk melihat perbezaan amalan sistem pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Dapatan kajian menunjukkan sistem pengajaran tahfiz berada pada tahap sederhana rendah manakala tahap sistem pembelajaran tahfiz berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam amalan sistem pembelajaran berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tahfiz khususnya di peringkat pengajian tinggi. Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi perlu diteruskan agar kemukjizatan al-Quran ini terus terpelihara dan akan melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 109
Call Number: BP131.6.M835 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121311+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.