Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458299
Title: | Pendekatan al-Mawizah al-Hasanah melalui pembelajaran dan pemudahcaraan Guru Pendidikan Islam sebagai dai di sekolah agama bantuan kerajaan Pulau Pinang |
Authors: | Nurul Muliani Mohd Isa (P81824) |
Supervisor: | Rosmawati Mohamad Rasit, Dr. |
Keywords: | Guru Pendidikan Islam (GPI) Pemudahcaraan al-Mawizah al-Hasanah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27 |
Description: | Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah dai yang menjadi role model masyarakat kerana mereka merupakan aset dalam membina generasi yang bersifat baik dan berwibawa. Namun terdapat reaksi yang kurang baik daripada masyarakat terhadap kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) GPI di sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat-sifat GPI SABK sebagai dai . Kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji pendekatan al-mawizah al-hasanah yang diaplikasikan oleh GPI SABK dalam PdP dan mengkaji kefahaman GPI SABK terhadap pendekatan al-mawcizah al-hasanah. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan reka bentuk kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ini adalah melalui pengedaran borang soal selidik dan sampel kajian adalah GPI di SABK Pulau Pinang. Analisis data secara ujian statistik deskriptif menggunakan persampelan bertujuan berdasarkan perisian SPSS versi 23. Hasil kajian menunjukkan skor min paling tinggi aplikasi sifat-sifat dai dalam GPI SABK adalah melalui aplikasi hubungan manusia dengan manusia. Manakala, pendekatan al-mawizah al-hasanah yang mendapat peratusan tertinggi penggunaannya oleh GPI SABK dalam PdPC adalah melalui kaedah bimbingan dan nasihat. Hasil kajian mengenai kefahaman responden mengenai pendekatan al-mawcizah al-hasanah adalah berbentuk bimbingan dan nasihat. Melalui hasil kajian ini menunjukkan GPI SABK mengaplikasi sifat-sifat dai dalam kehidupan, mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap pendekatan al-mawizah al-hasanah serta turut mengamalkan pendekatan al-mawizah al-hasanah dalam PdPC. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada GPI seluruh Malaysia dalam mengaplikasikan sifat-sifat dai dalam kehidupan dan menggunakan pendekatan al-mawizah al-hasanah dalam PdPC.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 114 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121305+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.