Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458279
Title: Pendekatan dakwah dalam menangani personaliti agresif remaja di Sekolah Integriti Kajang (SIK)
Authors: Ahmad Syamel Atan (P83802)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pendekatan dakwah
Remaja
Sekolah Integriti Kajang (SIK)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  4
Description: Pendekatan dakwah merupakan suatu cara yang digunakan untuk menyeru dan mengajak manusia ke arah kebaikan. Pendekatan ini mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunakan sesuai dengan keadaan sasaran dakwah iaitu mengikut peringkat umur, status dan tahap pemikiran. Sehubungan dengan itu, pendekatan dakwah sesuai dilaksanakan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan muda iaitu remaja, khususnya yang mempunyai personaliti agresif. Hal ini kerana terdapat golongan remaja yang terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat seperti jenayah buli, mencuri, merosakkan harta benda dan melakukan perkara yang cenderung ke arah keruntuhan akhlak. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri personaliti agresif dalam kalangan remaja, mengenal pasti faktor yang mendorong remaja ke arah berpersonaliti agresif dan mengenal pasti pendekatan dakwah dalam menangani personaliti agresif dalam kalangan remaja. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 113 orang responden dalam kalangan remaja di Sekolah Integriti Kajang (SIK) telah dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan responden dalam kajian ini dilakukan secara persampelan bertujuan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 22 yang dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian mendapati antara ciri personaliti agresif responden ialah sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru (min=3.00), mengutamakan keseronokan melebihi segalanya (min=2.84) dan sukar mengawal perasaan marah (min=2.60). Hasil kajian turut mendapati faktor yang mendorong responden ke arah personaliti agresif adalah berpunca daripada sikap inginkan kebebasan (min=3.08), berani melakukan salah laku bersama rakan (min=2.90) dan suka bermain permainan video yang berunsur ganas (min=2.89). Dapatan kajian juga menunjukkan antara pendekatan dakwah yang paling utama dapat menangani personaliti agresif responden ialah dengan menunaikan solat fardu lima waktu (min=3.37), mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT (min=3.23) dan mengawal kemarahan dengan berdiam diri (min=3.19). Implikasi kajian dapat membantu golongan remaja menangani personaliti agresif yang wujud dalam diri sekaligus membentuk personaliti yang baik sesuai dengan ajaran Islam. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti Sekolah Integriti Kajang (SIK), Jabatan Penjara Malaysia dan sebagainya dalam menangani isu keganasan dalam kalangan remaja.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 145
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121055+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
660.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.