Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458279
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalasiah Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAhmad Syamel Atan (P83802)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:46Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:46Z-
dc.date.issued04/07/2019
dc.identifier.otherukmvital:121055
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458279-
dc.descriptionPendekatan dakwah merupakan suatu cara yang digunakan untuk menyeru dan mengajak manusia ke arah kebaikan. Pendekatan ini mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunakan sesuai dengan keadaan sasaran dakwah iaitu mengikut peringkat umur, status dan tahap pemikiran. Sehubungan dengan itu, pendekatan dakwah sesuai dilaksanakan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan muda iaitu remaja, khususnya yang mempunyai personaliti agresif. Hal ini kerana terdapat golongan remaja yang terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat seperti jenayah buli, mencuri, merosakkan harta benda dan melakukan perkara yang cenderung ke arah keruntuhan akhlak. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri personaliti agresif dalam kalangan remaja, mengenal pasti faktor yang mendorong remaja ke arah berpersonaliti agresif dan mengenal pasti pendekatan dakwah dalam menangani personaliti agresif dalam kalangan remaja. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 113 orang responden dalam kalangan remaja di Sekolah Integriti Kajang (SIK) telah dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan responden dalam kajian ini dilakukan secara persampelan bertujuan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 22 yang dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Hasil kajian mendapati antara ciri personaliti agresif responden ialah sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru (min=3.00), mengutamakan keseronokan melebihi segalanya (min=2.84) dan sukar mengawal perasaan marah (min=2.60). Hasil kajian turut mendapati faktor yang mendorong responden ke arah personaliti agresif adalah berpunca daripada sikap inginkan kebebasan (min=3.08), berani melakukan salah laku bersama rakan (min=2.90) dan suka bermain permainan video yang berunsur ganas (min=2.89). Dapatan kajian juga menunjukkan antara pendekatan dakwah yang paling utama dapat menangani personaliti agresif responden ialah dengan menunaikan solat fardu lima waktu (min=3.37), mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT (min=3.23) dan mengawal kemarahan dengan berdiam diri (min=3.19). Implikasi kajian dapat membantu golongan remaja menangani personaliti agresif yang wujud dalam diri sekaligus membentuk personaliti yang baik sesuai dengan ajaran Islam. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti Sekolah Integriti Kajang (SIK), Jabatan Penjara Malaysia dan sebagainya dalam menangani isu keganasan dalam kalangan remaja.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPendekatan dakwah
dc.subjectRemaja
dc.subjectSekolah Integriti Kajang (SIK)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan dakwah dalam menangani personaliti agresif remaja di Sekolah Integriti Kajang (SIK)
dc.typetheses
dc.format.pages145
dc.identifier.barcode004812(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121055+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
660.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.