Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458097
Title: Strategi pengajaran tafsir dan hadith di Sekolah Menengah Arab negara Brunei Darussalam
Authors: Tiara Basman (P47761)
Supervisor: Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
Keywords: Qur'an -- Study and teaching (Secondary) -- Brunei
Hadith -- Study and teaching (Secondary) -- Brunei
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Sep-2012
Description: Matapelajaran Tafsir dan Hadith adalah salah satu mata pelajaran agama yang diajar di sekolah menengah Brunei Darussalam. Ia bertujuan membina kefahaman para pelajar terhadap al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW. Namun begitu, matapelajaran ini hanya diajar secara bersama selama satu jam seminggu pada dua kali sesi pengajaran. Ini menyukarkan para guru menyusun strategi yang lebih berkesan. Manakala para pelajar juga akan terbeban untuk menguasai matapelajaran tersebut. Akibatnya para guru akan menggunakan pendekatan P&P minima yang akhirnya menyebabkan pelajar mudah jemu dan bosan. Oleh itu kajian ini bertujuan melihat strategi pengajaran mata pelajaran Tafsir dan Hadith. Juga bertujuan mengenalpasti dan menganalisa penilaian pengajaran Tafsir dan Hadith dari perspektif pelajar dan guru. Seterusnya mencadangkan strategi yang sesuai untuk guru dan pelajar. Kajian ini adalah kajian lapangan berbentuk kajian kes di mana ia mengkhususkan dua buah sekolah sahaja iaitu Maahad Islam Brunei dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan, temubual, soal-selidik dan observasi. Manakala analisa data kuantitatif melibatkan 414 responden yang terdiri dari 173 pelajar lelaki dan 241 pelajar perempuan, juga sembilan orang guru Tafsir dan Hadith yang terdiri dari dua lelaki dan tujuh perempuan. Data yang diperolehi melalui soal selidik dan dianalisis secara diskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS 17.5 dengan menggunakan skala Likert iaitu mengkategorikan dan mengiterpretasikan skor min ke dalam tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Hasil kajian menunjukkan yang melibatkan strategi pengajaran Tafsir dan Hadith iaitu sebahagian dari penggunaan kaedah dan teknik mengajar berada di tahap tinggi. Dapatan kajian mengenai penilaian guru terhadap pengajaran Hadith adalah berada pada tahap tinggi, manakala penilaian pelajar terhadap pengajaran Tafsir, penilaian pelajar terhadap pelajaran Hadith dan penilaian guru terhadap pelajaran Tafsir berada pada tahap sederhana.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 105
Call Number: BP130.78.B7T53 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114520+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
17.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.