Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457771
Title: Sintesis dan rekabentuk loji penghasilan selulosa bakteria daripada Acebacter xylinum 0416 menggunakan air kelapa tua
Authors: Nur Syafiqah Kamarudin (P81280)
Supervisor: Norliza Abd Rahman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Acetobacter xylinum
Coconut water
Microbial exopolysaccharides
Issue Date: 10-Apr-2019
Description: Selulosa Bakteria (SB) menghasilkan polisakarida di luar sel oleh bakteria asid asetik khususnya genus xylinum. Kegunaan SB menjadi lebih meluas di sebabkan oleh keserasian bio, kehidrofilikan dan kekiralannya. Ia boleh digunakan di dalam pelbagai industri seperti kertas, perubatan, makanan dan juga tekstil. SB di dalam kajian ini menggunakan air kelapa tua sebagai media fermentasi untuk mengurangkan kos. Kebiasannya, sumber media fermentasi di ambil daripada industri pemprosesan santan. Industri pemprosesan santan secara purata menghasilkan sebanyak 5.3 m3 sisa air kelapa tua setiap hari. Ini menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran air di sungai di sekitar kawasan industri pemperosesan santan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa kandungan nutrient di dalam air kelapa tua, mengoptimumkan penghasilan SB daripada air kelapa tua oleh Acetobacter xylinum 0416, pencirian SB dan kelongsong keras (KK) jenama XYZ dan merekabentuk loji SB dengan kos efektif menggunakan perisian Superpro Designer® . Kandungan nutrient oleh air kelapa tua, pencirian SB dan kelongsong keras (KK) jenama XYZ di analisa dengan menggunakan kaedah HPLC, FTIR, FESEM, dan XRD. Kandungan nutrient yang di dapati di dalam air kelapa tua adalah sukrosa 0.37 mg/mL, glukosa 31 mg/mL, arabinosa 3 mg/mL, galaktosa 0.04 mg/mL, mannosa 0.03 mg/mL dan fruktosa 22 mg/mL. Penentuan keadaan optimum penghasilan SB di kaji dengan menggunaan Kaedah Gerak Balas Permukaan (RSM) oleh perisian Design of Expert® (DOE). Kaedah ini di gunakan bagi mengkaji pembolehubah manipulasi dengan julat tertentu iaitu pH (4-6), suhu inkubator (28-32°C), dan masa fermentasi (3-7 hari) dengan menggunakan 100 mL air kelapa tua yang di inokulasi dengan 10% inokulum. Hasil kajian mendapati SB optimum yang diperolehi adalah sebanyak 2.28 g yang dicapai pada suhu 32°C, pH 4 dan masa fermentasi selama 7 hari. Setelah itu, hasil keadaan optimum di uji di dalam 5L bioreaktor secara sistem terkawal dan tidak terkawal. Di dapati bahawa sistem terkawal memperoleh lebih banyak SB iaitu 4.69 g berbanding sistem tidak terkawal iaitu 4.17 g. Tambahan lagi, SB di uji dengan menggunakan perisian Superpro Designer® bagi tujuan pemilihan peralatan dan kaedah penghasilan SB pada skala industri. Terdapat empat proses alternatif yang telah dipilih dan di simulasi dengan menggunakan perisian Superpro Designer®. Hasil simulasi menunjukkan bahawa proses alternatif 4 adalah terbaik dan telah dipilih dengan kos SB per kelompok yang paling murah iaitu RM261 manakala alternatif 1 iaitu RM451, alternatif 2 iaitu RM375 dan alternatif 3 iaitu RM580. Secara keseluruhannya, hasil kajian dengan mengunakan air kelapa tua berpotensi mengurangkan harga kos serta dapat menghasilkan SB pada kos yang efektif iaitu RM261 per kelompok.,Sarjana Sains
Pages: 97
Call Number: QR82.P78N837 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121016+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
3.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.