Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457771
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norliza Abd Rahman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Syafiqah Kamarudin (P81280) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:13:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:13:09Z | - |
dc.date.issued | 2019-04-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121016 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457771 | - |
dc.description | Selulosa Bakteria (SB) menghasilkan polisakarida di luar sel oleh bakteria asid asetik khususnya genus xylinum. Kegunaan SB menjadi lebih meluas di sebabkan oleh keserasian bio, kehidrofilikan dan kekiralannya. Ia boleh digunakan di dalam pelbagai industri seperti kertas, perubatan, makanan dan juga tekstil. SB di dalam kajian ini menggunakan air kelapa tua sebagai media fermentasi untuk mengurangkan kos. Kebiasannya, sumber media fermentasi di ambil daripada industri pemprosesan santan. Industri pemprosesan santan secara purata menghasilkan sebanyak 5.3 m3 sisa air kelapa tua setiap hari. Ini menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran air di sungai di sekitar kawasan industri pemperosesan santan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa kandungan nutrient di dalam air kelapa tua, mengoptimumkan penghasilan SB daripada air kelapa tua oleh Acetobacter xylinum 0416, pencirian SB dan kelongsong keras (KK) jenama XYZ dan merekabentuk loji SB dengan kos efektif menggunakan perisian Superpro Designer® . Kandungan nutrient oleh air kelapa tua, pencirian SB dan kelongsong keras (KK) jenama XYZ di analisa dengan menggunakan kaedah HPLC, FTIR, FESEM, dan XRD. Kandungan nutrient yang di dapati di dalam air kelapa tua adalah sukrosa 0.37 mg/mL, glukosa 31 mg/mL, arabinosa 3 mg/mL, galaktosa 0.04 mg/mL, mannosa 0.03 mg/mL dan fruktosa 22 mg/mL. Penentuan keadaan optimum penghasilan SB di kaji dengan menggunaan Kaedah Gerak Balas Permukaan (RSM) oleh perisian Design of Expert® (DOE). Kaedah ini di gunakan bagi mengkaji pembolehubah manipulasi dengan julat tertentu iaitu pH (4-6), suhu inkubator (28-32°C), dan masa fermentasi (3-7 hari) dengan menggunakan 100 mL air kelapa tua yang di inokulasi dengan 10% inokulum. Hasil kajian mendapati SB optimum yang diperolehi adalah sebanyak 2.28 g yang dicapai pada suhu 32°C, pH 4 dan masa fermentasi selama 7 hari. Setelah itu, hasil keadaan optimum di uji di dalam 5L bioreaktor secara sistem terkawal dan tidak terkawal. Di dapati bahawa sistem terkawal memperoleh lebih banyak SB iaitu 4.69 g berbanding sistem tidak terkawal iaitu 4.17 g. Tambahan lagi, SB di uji dengan menggunakan perisian Superpro Designer® bagi tujuan pemilihan peralatan dan kaedah penghasilan SB pada skala industri. Terdapat empat proses alternatif yang telah dipilih dan di simulasi dengan menggunakan perisian Superpro Designer®. Hasil simulasi menunjukkan bahawa proses alternatif 4 adalah terbaik dan telah dipilih dengan kos SB per kelompok yang paling murah iaitu RM261 manakala alternatif 1 iaitu RM451, alternatif 2 iaitu RM375 dan alternatif 3 iaitu RM580. Secara keseluruhannya, hasil kajian dengan mengunakan air kelapa tua berpotensi mengurangkan harga kos serta dapat menghasilkan SB pada kos yang efektif iaitu RM261 per kelompok.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Acetobacter xylinum | - |
dc.subject | Coconut water | - |
dc.subject | Microbial exopolysaccharides | - |
dc.title | Sintesis dan rekabentuk loji penghasilan selulosa bakteria daripada Acebacter xylinum 0416 menggunakan air kelapa tua | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 97 | - |
dc.identifier.callno | QR82.P78N837 2019 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005448(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121016+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.