Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457639
Title: Pembangunan konsortium bakteria efektif dalam rawatan air sisa industri pembuatan kertas
Authors: Mohd Aidil Kamaruzzaman ( P44332)
Supervisor: Nurina Anuar , Prof Madya Dr.
Keywords: Paper industry
Issue Date: 23-Jul-2013
Description: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti populasi bakteria yang berperanan dalam rawatan air sisa industri kertas di Malaysia dan Indonesia. Pengenalpastian dan pencirian bakteria tersebut digunakan untuk menghasilkan konsortium kultur campuran bakteria yang cekap dan seterusnya membangunkan sistem data bakteria tempatan bagi meningkatkan kecekapan dalam proses rawatan air sisa industri kertas dan pulpa. Dalam kajian ini, sampel komuniti bakteria diambil daripada lokasi enap cemar dari tiga industri kitar semula kertas dan pulpa iaitu Muda Paper Mill Sdn. Bhd., Kajang, Selangor (MUDA), Malaysia Newsprint Industry Sdn. Bhd., Temerloh, Pahang (MNI) dan Lontar Paper Mill, Jambi, Indonesia (Lontar). Sebanyak 11 pencilan diperolehi dari ketiga-tiga industri tersebut, yang mana lima pencilan didapati dari MUDA iaitu, M1, M2, M3, M4 dan M5. Manakala empat pencilan, iaitu N1, N2, N3 dan N4 berjaya diperolehi daripada MNI dan dua pencilan iaitu L1 dan L2, dari Lontar. Pengenalpastian bakteria telah dilakukan dengan menggunakan kaedah kovensional yang berasaskan pemeriksaan mikroskopik dan ujian biokimia di samping kaedah penentuan molekul 16S rRNA. Hasil yang diperolehi menunjukkan terdapat persamaan di antara identiti 3 pencilan, iaitu M5, N1 dan L2 yang merupakan Bacillus cereus. Pencilan M1 dan M4 dikenalpasti sebagai Bacillus anthracis, pencilan N2 dan L1 dikenalpasti sebagai Bacillus subtilis, manakala M2 dan M3 pula dikenalpasti sebagai Entrobacter sp.. Selain itu, pengenalpastian pencilan N4 dan N3 masing-masing menunjukkan sebagai Bacillus licheniformis dan Bacillus flexus. Setiap bakteria tersebut diuji penyingkiran COD dan PCP dalam medium pertumbuhan berasaskan glukosa yang dicampur dengan PCP pada kepekatan 0.5, 1, 3 dan 10 mg/L bagi menentukan bakteria yang efektif bagi membentuk konsortium bakteria campuran. Hasilnya menunjukkan tiga strain bakteria diperolehi, iaitu Enterobacter sp., B. licheniformis dan B. flexus, yang berjaya menyingkirkan COD dan PCP secara efektif iaitu 100% penyingkiran COD pada PCP berkepekatan rendah (0.5 dan 1 mg/L), manakala sekitar 90-100% penyingkiran PCP pada kepekatan 10 mg/L PCP. Konsortium bakteria seterusnya dibentuk berasaskan kepada tiga bakteria efektif tersebut. Dengan bantuan perisian Design of Expert dan rangkaian neural. Perbandingan hasil daripada kaedah Design of Expert dan rangkaian neural dilakukan bagi menentukan nilai optimum penyingkiran COD dan PCP. Secara keseluruhannya, komposisi terbaik bagi ketiga-tiga bakteria (Enterobacter sp., B. licheniformis dan B. flexus) adalah diperolehi melalui rangkaian neural dengan komposisi bakteria efektif pada nisbah 1:7:2. Akhirnya dalam kajian ini, satu sistem data bakteria tempatan yang memainkan peranan dalam rawatan air sisa industri kertas telah berjaya dibangunkan dengan menggunakan atur cara rangkaian neural.,Master / Sarjana
Pages: 204
Call Number: TD745.M8435 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84848+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
419.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.