Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456096
Title: | Pemilihan bahasa dan identiti suku Penan Muslim di Niah Sarawak |
Authors: | Hendrikus Mangku (P89008) |
Supervisor: | James T. Collins |
Keywords: | Suku Penan Penan Muslim Orang Asli Sarawak Bahasa Orang Asli Penan (Bornean people) -- Malaysia -- Sarawak |
Issue Date: | 16-May-2018 |
Description: | Penan merupakan salah satu suku di Sarawak yang dahulu dikenal hidup nomadik. Diakui memang telah ramai sarjana yang mengkaji tentang suku ini, tetapi kebanyakan kajian mereka berfokus kepada suku Penan nomadik. Sedangkan Penan yang telah tinggal menetap kurang menjadi perhatian para peneliti terdahulu, walaupun kadang-kadang disebut seimbas lalu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan suku Penan Muslim yang telah hidup menetap. Fokus kajian ini bahasa yang digunakan oleh Penan Muslim di Kampung Jambatan Suai dengan menganalisis pemilihan bahasa Bintulu sebagai bahasa mereka serta melihat kod-kod bahasa yang bersilih ganti dalam interaksi mereka. Dalam kajian ini dua kaedah yang diterapkan, iaitu kajian pustaka (untuk memperoleh data sekunder) dan kajian lapangan (temu bual, partisipasi-observasi dan rakaman tidak sedar) di Kampung Jambatan Suai. Melalui rakaman tidak sedar, dianalisis pertukaran bahasa. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa suku Penan Muslim di Jambatan Suai yang telah lama memeluk agama Islam memilih bahasa Bintulu sebagai bahasa utama mereka, sedangkan yang baru memeluk agama Islam masih menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Penan dan Bintulu. Semasa berkomunikasi dengan orang yang dianggap asing mereka memilih bahasa Melayu, dengan suku bumiputera di Sarawak mereka menggunakan bahasa Iban. Bahasa Penan hanya digunakan untuk berkomunikasi dengan orang Penan yang baru memeluk agama Islam dan Penan bukan Muslim. Ada dua faktor utama pemilihan bahasa Bintulu sebagai bahasa seharian mereka: 1) perkahwinan dengan penduduk kampung lain yang berbahasa Bintulu, dan 2) pemilihan agama Islam. Kajian ini telah berjaya melengkapi kelompongan kosa ilmu berkaitan dengan Penan Muslim dan bahasanya, serta mendokumentasikan bahasa Penan secara sederhana.,Ijazah Sarjana Persuratan |
Pages: | 144 |
Call Number: | PL5060.95.P4.H46 2018 8tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_105868+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.