Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456096
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJames T. Collins
dc.contributor.authorHendrikus Mangku (P89008)
dc.date.accessioned2023-09-11T07:35:32Z-
dc.date.available2023-09-11T07:35:32Z-
dc.date.issued2018-05-16
dc.identifier.otherukmvital:105868
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456096-
dc.descriptionPenan merupakan salah satu suku di Sarawak yang dahulu dikenal hidup nomadik. Diakui memang telah ramai sarjana yang mengkaji tentang suku ini, tetapi kebanyakan kajian mereka berfokus kepada suku Penan nomadik. Sedangkan Penan yang telah tinggal menetap kurang menjadi perhatian para peneliti terdahulu, walaupun kadang-kadang disebut seimbas lalu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan suku Penan Muslim yang telah hidup menetap. Fokus kajian ini bahasa yang digunakan oleh Penan Muslim di Kampung Jambatan Suai dengan menganalisis pemilihan bahasa Bintulu sebagai bahasa mereka serta melihat kod-kod bahasa yang bersilih ganti dalam interaksi mereka. Dalam kajian ini dua kaedah yang diterapkan, iaitu kajian pustaka (untuk memperoleh data sekunder) dan kajian lapangan (temu bual, partisipasi-observasi dan rakaman tidak sedar) di Kampung Jambatan Suai. Melalui rakaman tidak sedar, dianalisis pertukaran bahasa. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa suku Penan Muslim di Jambatan Suai yang telah lama memeluk agama Islam memilih bahasa Bintulu sebagai bahasa utama mereka, sedangkan yang baru memeluk agama Islam masih menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Penan dan Bintulu. Semasa berkomunikasi dengan orang yang dianggap asing mereka memilih bahasa Melayu, dengan suku bumiputera di Sarawak mereka menggunakan bahasa Iban. Bahasa Penan hanya digunakan untuk berkomunikasi dengan orang Penan yang baru memeluk agama Islam dan Penan bukan Muslim. Ada dua faktor utama pemilihan bahasa Bintulu sebagai bahasa seharian mereka: 1) perkahwinan dengan penduduk kampung lain yang berbahasa Bintulu, dan 2) pemilihan agama Islam. Kajian ini telah berjaya melengkapi kelompongan kosa ilmu berkaitan dengan Penan Muslim dan bahasanya, serta mendokumentasikan bahasa Penan secara sederhana.,Ijazah Sarjana Persuratan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
dc.rightsUKM
dc.subjectSuku Penan
dc.subjectPenan Muslim
dc.subjectOrang Asli Sarawak
dc.subjectBahasa Orang Asli
dc.subjectPenan (Bornean people) -- Malaysia -- Sarawak
dc.titlePemilihan bahasa dan identiti suku Penan Muslim di Niah Sarawak
dc.typetheses
dc.format.pages144
dc.identifier.callnoPL5060.95.P4.H46 2018 8tesis
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105868+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.