Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437510
Title: Pembendungan perkahwinan kanak-kanak menurut konteks perundangan di Malaysia
Authors: Muhammad Al-Ghazalli Abdol Malek (P107399)
Supervisor: Mohd Al Adib Samuri, Prof Madya, Dr.
Keywords: Child marriage
Law and legislation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Dec-2022
Abstract: Komuniti antarabangsa menganggap perkahwinan kanak-kanak sebagai sebuah pelanggaran hak kanak-kanak dan menjejaskan kepentingan terbaik diri kanak-kanak. Kajian-kajian sosial dan kesihatan di seluruh dunia merumuskan pelbagai impak negatif perkahwinan kanak-kanak yang menjejaskan masa depan mereka. Malangnya, perkahwinan kanak-kanak juga berlaku di Malaysia merentasi kumpulan agama, etnik dan budaya, termasuklah kanak-kanak beragama Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kedudukan dan konsep perkahwinan kanak-kanak, menganalisis peruntukan undang-undang antarabangsa, Syariah dan sivil yang berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak, dan menganalisis perspektif pemegang taruh terhadap konteks perkahwinan kanak-kanak serta pembaharuan undang-undang bagi membendung perkahwinan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menemu bual seramai 28 peserta kajian melibatkan pelbagai pemegang taruh daripada agensi kerajaan dan institusi Islam yang terlibat dengan pentadbiran perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Hasil temu bual dianalisis, dikodkan, dikategorikan dan dibina tema yang sesuai. Penyelidikan ini mendapati sebahagian pemegang taruh memahami isu perkahwinan kanak-kanak dengan baik dan menyokong pembaharuan undang-undang, manakala sebahagian lain menzahirkan penentangan terhadap usaha kerajaan tersebut. Penyelidikan ini juga mendapati beberapa peruntukan undangundang sedia ada berpotensi untuk membuka ruang dan memudahkan proses permohonan perkahwinan kanak-kanak, dan pembaharuan undang-undang adalah diperlukan untuk membendung perkahwinan ini. Penyelidikan ini adalah penting dalam memahami potensi pembaharuan undang-undang bagi membendung perkahwinan kanak-kanak di Malaysia, sekali gus membantu Kerajaan Malaysia dalam memenuhi obligasi moral Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.
Pages: 221
Call Number: HQ784.C55.M834 2022
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/437510
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembendungan perkahwinan kanak-kanak menurut konteks perundangan di malaysia.pdf
  Restricted Access
full text2.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.