Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418661
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorRohani Ahmad Tarmizi-
dc.contributor.authorNoran Fauziah Yaakub-
dc.contributor.authorKamariah Abu Bakar-
dc.contributor.authorMohd Ibrahim Nazri-
dc.date.accessioned2023-07-31T04:42:49Z-
dc.date.available2023-07-31T04:42:49Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418661-
dc.description.abstractKepuasan bekerja merupakan satu fenomenon yang dirasai oleh pekerja tidak mengira apa jua profesionnya. la adalah akibat langsung daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang disukai dan dengan itu adalah bersifat relatif. Keadaan ini berlaku oleh kerana seseorang pekerja ialah individu yang mempunyai emosi, cita rasa, perasaan dan kehendak yang berbeza. Sehubungan dengan itu, pelbagai faktor juga boleh dihubung kait dengan kepuasan bekerja seperti persekitaran pekerjaan, aspirasi peribadi , gaji, kenaikan pangkat, rakan sejawatan dan lain·lain (Smith, Kendall dan Hulin, 1969; Kahn, 1972; Pfeffer, 1978). Kepuasan bekerja guru telahpun dikaji sejak awal enam-puluhan. Menurut Waller (1965), kaum guru merupakan satu golongan pekerja yang sering tidak puas dengan pekerjaan mereka. Kajian oleh Nawi Jusoh (1991) pula menunjukkan bahawa kepuasan bekerja guru sekolah menengah di Malaysia dipengaruhi oleh hubungan guru-murid, harga-diri guru, kepuasan terhadap pentadbiran pengetua, kompetensi guru dan akhir sekali ganjaran dari segi kewangan. Bagi kalangan kaki tangan akademik pula, kajian oleh Abu Bakar Haji Hashim (1991) menunjukkan bahawa kepuasan bekerja responden adalah rendah . Aspek yang tidak memuaskan para responden adalah hubungan rakan sejawat, tanggung jawab persekitaran bekerja, peluang untuk maju, status, dan kestabilan pekerjaan. Kajian Habsah Abd. Rauf (1986) menunjukkan bahawa di kalangan guru pra-sekolah , kepuasan bekerja berhubung secara signifikan dengan kategori intrinsik seperti motivasi sosial , harga diri, otonomi, penyempurnaan kendiri dan pencapaian kendiri. Menurut Smilansky (1984) pula, bagi guru sekolah rendah, kepuasan bekerja yang tinggi berkait rapat dengan aspek interaksi guru dengan murid dan juga rakan sejawatan . Di kalangan guru sekolah menengah yang mengajar Perdagangan dan Keusahawanan, didapati kepuasan bekerja bergantung kepada gred sekolah, tingkatan yang diajar dan minat terhadap kerja (Sharifah Md. Nor dan Zaidatol Akmaliah Lope Pi hie, 1994). Kajian-kajian tersebut di atas telah memberi gambaran terhadap kepuasan bekerja bagi pendidik daripada berbagai institusi. Adakah kepuasan bekerja berkait pula dengan program pendidikan yang telah dikuti? Program pendidikan perguruan secara umumnya bertujuan untuk menghasilkan guru-guru yang berpekerti mulia, berpandangan positif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin (Mohamed Sani, 1992). Secara khususnya, adalah menjadi hasrat penyelidik· penyelidik untuk melihat sama ada guru lepasan UPM yang telah dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran .dapat merasakan kepuasan bekerja dalam profesion mereka. Khususnya, di kalangan guru lepasan UPM, jawapan kepada soalan-soalan berikut akan memberi gambaran tentang kepuasan bekerja mereka: 1. Apakah tahap kepuasan bekerja keseluruhan mereka? 2. Apakah aspek-aspek yang berkaitan dengan profesion perguruan yang mereka berpuas hati? 3. Apakah ganjaran dan kebaikan terhadap profesion perguruan yang dipersepsi oleh mereka? 4. Adakah wujud perkaitan antara kepuasan bekerja dengan pembolehubah bebas seperti jantina, kumpulan etnik, bidang pengkhususan, kawasan tempat tinggal, pengalaman mengajar dan gred sekolah yang mereka mengajar?en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherPusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinangen_US
dc.subjectKepuasan bekerjaen_US
dc.subjectGuruen_US
dc.subjectPendidikanen_US
dc.titleKepuasan bekerja di kalangan guru lepasan UPMen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages64-69en_US
dc.identifier.callnoBF20.S45 1996 kat semen_US
dc.contributor.conferencenameProsiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik-
dc.coverage.conferencelocationPulau Pinang, Malaysia-
dc.date.conferencedate1996-05-27-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.