Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418649
Title: Permasalahan moral : perspektif Al-Quran
Authors: Siddiq Fadhil
Conference Name: Seminar Kebangsaan Kaunseling Islam IV
Keywords: Al-Quran
Permasalahan moral
Conference Date: 1995-08-26
Conference Location: Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur
Abstract: Wujudnya pelbagai gejala penympangan moral yang semakin memprihatinkan ketika ini sebenamya adalah merupakan manifestasi dari krisis besar tamudun masa kini. Krisis kali ini dianggap besar kerana .tamadun hari ini khususnya tamadun Barat moden yang sekular dan materialistik itu telah membawa akibat kemusnahan ciri-ciri kemanusiaan. Dengan ungkapan lain, atas nama pembangunan, pemodenan dan kemajuan, manusia rata- rata telah mengalarni proses dehumanisasi, penghakisan kemanusiaan. Manusia yang telah kehilangan kemanusiaannya itulah yang dibicarakan oleh Dr. Alexis Carrel di bawah judul. Man the Unknown ( Manusia yang sudah tidak dikenali ) ; satu kesimpulan yang disepakati oleh banyak pihak termasuk Sayyid Qutb yang menukil tulisan tersebut ke dalam bahasa Arab dengan judul. al-Insan Dhalika 'l-Majhul. I Fenomena kebejatan moral dalam pelbagai rupa dan ragam yang wujud di serata rantau dunia hari ini memang sering dikaitkan dengan tamadun Barat moden yang sedemikian itu. Justeru yang dinamakan tamadun Barat itu bukan lagi berupa fenomena geografis yang lokasinya terbatas di Eropah-Amerika. Ia adalah fenomena budaya yang hampir bersifat global, meratai bahagian-bahagian dunia yang termasuk dalam ' daerah pengaruh hegemoni Barat.
Call Number: BF637.C6.S456 1995 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.