Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418644
Title: Pendidikan, pemupukan nilai dan pemuliharaan alam sekitar
Authors: Sham Sani
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik
Keywords: Hubungan moral
Etika
Manusia
Alam semulajadi
Conference Date: 1996-05-27
Conference Location: Pulau Pinang, Malaysia
Abstract: Tersirat dalam isu pendidikan , pemupukan nilai dan pemuliharaan alam sekitar ialah etika alam sekitar -- etika yang menekankan hubungan moral di antara manusia dan sekitaran semulajadinya , Prinsip-prinsip etika yang melandasi hubungan tersebut yang sekaligus merupakan penentu terhadap nilai-nilai yang pertu dipupuk di kalangan kita menentukan tanggungjawab manusia terhadap sekitaran semulajadi termasuk kesemua haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di permukaan bumi. Manusia sebagai agen yang bermoral harus mengenalpasti prinsip-prinsip etika yang perlu dihormati dalam menangani hubungan antaranya dengan sekitaran semulajadi ini. Sehubungan ini terdapat dua versi etika alam' sekitar yang harus diberi pertimbangan: anthropocentric (yang berpusatkan manusia) dan biocentric (yang berpusatkan kehidupan). Teori anthropocentric yakin bahawa tanggungjawab moral kita terhadap alam semulajadi adalah berasaskan tanggungjawab terhadap manusia sejagat. Oleh kerana kita menghormati hak asasi setiap manusia, maka kita harus berhati-hati mengenai eara bagaimana kita menangani alam semulajadi. Generasi yang akan datang mempunyai hak yang sama seperti kita untuk hidup dalam suasana sekitaran biofizikal yang selamat dan bersih. Justru, setiap orang daripada kita bertanggungjawab untuk tidak mengizinkan alam semulajadi dimusnah dan dieemar agar generasi yang akan datang dapat memanfaatkannya sepertimana juga kita. Teori biocentric, sebaliknya, menghujah bahawa tanggungjawab kita terhadap alam semulajadi bukannya semata-mata berasaskan tanggungjawab kita terhadap manusia. Tanggungjawab kita terhadap sekitaran semulajadi adalah berasaskan hubungan moral tertentu yang sedia te~alin antara manusia dan alam semulajadi itu sendiri. Prinsip ini dari banyak segi merupakan asas pegangan kumpulan pencinta alam yang dikenal secara kolektif sebagai deep ecology. Di Amerika Syarikat, ini dipelopori oleh peneinta alam seperti Aldo Leopold (1949) dan Rachel Carson (1962). Para peneinta alam dan kumpulan ini yakin bahawa semua makhluk dan benda yang dieipta oleh Tuhan di biosfera mempunyai hak yang sama untuk hidup. Dan segi nilai intnnsiknya, tiap satu danpada ciptaan terse but adalah sama walaupun pada praktiknya semua spesis memertukan spesis-spesis lain untuk makanan, pertindungan dan lain-lain, dan tiap satunya amat memerlukan yang satu lagi dan seterusnya. Kertas ini bukanlah bertujuan untuk memperdebatkan kebenaran di antara kedua-dua pendekatan etika alam sekitar anthropocentric dan biocentric tersebut. la sekadar menarik perhatian tentang landasan utama yang mendasari prinsip etika alam sekitar dan perbezaan penekanan yang dibenkan oleh kedua-dua pegangan etika itu dan konteks perbincangan seterusnya. Tujuan utama kertas ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan tentang cara untuk memupuk nilai-nilai mumi di kalangan orang awam terutama para pelajar dalam usaha memulihara alam sekitar. Sehubungan ini, pendidikan telah dikenalpasti sebagai satu daripada wahana terpenting yang pertu diberi perhatian serentak dengan usaha-usaha lain seperti perundangan dan perancangan guna tanah untuk memulihara alam sekitar. Peranan pendidikan untuk memupuk dan mempertingkat tahap kesedaran, penghayatan dan ketertibatan awam terhadap alam sekitar dan persekitarannya diberi perhatian dan merupakan fokus utama kertas ini.
Pages: 52-57
Call Number: BF20.S45 1996 kat sem
Publisher: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.