Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418562
Title: | Gaya kepimpinan dan kepuasan kerja |
Authors: | Abdul Aziz Abdul Rahman |
Conference Name: | Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik |
Keywords: | Gaya kepimpinan Hubungan manusia Pengurusan organisasi |
Conference Date: | 1996-05-27 |
Conference Location: | Pulau Pinang, Malaysia |
Abstract: | Sebelum saya memperbincangkan berkenaan dengan gaya kepimpinan, saya ingin menyentuh konsep pimpinan atau 'Leadership' dan saya mulai dengan membenlangkan dua petikan kata-kata hikmat dalam bidang pengurusan iaitu 'Leadership' like life can only be learned as you go along' dan 'Leadership is the very heart and soul of business management. No one can really manage a business by shuffling the numbers or rearranging organizational charts or applying the latest business school formulas. What you manage in business is people' Ini bererti bahawa asas kepimpinan dalam bidang pengurusan ialah hubungan dengan manusia dan kila mempelajari cara memimpin sepanjang hidup kita. Sebagaimana kila maklum sesebuah organisasi itu didirikan bertujuan mengadakan operasinya sebagai satu unit yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dilengkapkan dengan sistem koordinasi yang teratur dan cekap. Malangnya kadang kala tujuan itu tidak tercapai.· Kunci bagi pencapaian kejayaan ialah dengan cara mengadakan seorang pemimpin yang mampu dan berkelayakan untuk saling bertindak dengan kakitangannya dalam usaha mencapai matamat bersama dalam suasana bertalian yang membawa kepada komitmen oleh semua yang terlibat untuk mematuhi aturan bagi pencapaian matlamat itu . Kepimpinan adalah satu-satunya aspek yang terpenting dalam bidang pengurusan organisasi sarna ada perbadanan awam ataupun syarikat perniagaan. Pemimpin menenlukan garis panduan dan arah untuk organisasi bergerak kehadapan. Gaya pengurusan seseorang pemimpin itu adalah suatu ciri yang boleh mewarnakan corak pengurusan sesebuah organisasi itu. Kila dapat lihat dan membuat perbandingan tentang gaya pengurusan pemimpin-pemimpin yang berjaya dalam dunia dan di negara Malaysia. Kita dapat ada perbezaannya. Walau bagaimanapun peranan pemimpin boleh dianggap sarna. Misalnya seseorang pemimpin itu harus memain peranan sebagai seorang perunding. perancang, penyelesai masaalah. penasihat. pemberi perangsang dan sebagainya. Malah ada kalanya ia perlu menjadi seorang pemujuk alau penyelesai kekusutan peribadi kakilangannya. Untuk menentukan keberkesanan pengurusan organisasi perniagaan seseorang pemimpin perlu faham bukan sahaja selok-belok pemiagaan, saingan dan pasarannya, malah ia perlu memastikan iklim yang sihat dan organisasi yang boleh memupuk segala rancangan yang diatur dan jentera pengurusan berjalan dalam keadaan sempurna. Mengikut penyelidikan yang dijalankan oleh pakar-pakar, adalah didapati bahawa pemimpin- pemimpin yang dikehendaki oleh organisasi-organisasi pada masa sekarang hendaklah terdiri daripada mereka-mereka yang:- • • • • • Mempunyai visi - iaitu mereka kenai diri mereka dan lahu ke arah mana mereka akan tuju. Mampu membual hubungan dan berkomunikasi dengan semua yang sanggup mendengarnya. Soleh dipercayai dan mempunyai sifat beramanah. Mengamal dan mempraktikkan apa yang dikata olehnya. Menghormati orang lain dan pandangan mereka dan tidak semata-mata menonjol pandangannya sahaja. • Memperangsangkan orang lain supaya mencapai kejayaan dan prestasi yang tinggi. Apabila kita cuba memahami apa sebenamya gaya pimpinan aau 'leadership style' kita dapati perkara itu boleh diklasifikasikan seperti berikut: |
Pages: | 20-24 |
Call Number: | BF20.S45 1996 kat sem |
Publisher: | Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418562 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.