Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418559
Title: | Gangguan di tempat kerja dan penyediaan kepada latihan sumber manusia |
Authors: | Rohana Ariffin |
Conference Name: | Prosiding Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi Malaysia Ke - 4 Ke arah Memperkukuhkan Profesionalisme dan Kesejahteraan Pendidik |
Keywords: | Gangguan seksual Alam pekerjaan Tindakan |
Conference Date: | 1996-05-27 |
Conference Location: | Pulau Pinang, Malaysia |
Abstract: | Perbincangan akan menumpu kepada kejadian gangguan seksual dalam masyarakat dan kemudian berfokus kepada tempat kerja. Tujuan kertas ini adalah supaya "mengsensitisekan" kita kepada isu · ini supaya kita berkeprihatinan yang sewajarnya tentang kejadian tersebul. Gangguan seksual bukanlah sesuatu yang baru berlaku di dalam masyarakat dan di tempat kerja, namun hanya sekaranglah baru ianya mendapat perhatian dan diberi makna kepada konsep itu. Seperti yang kita tahu, gangguan seksual berlaku di banyak tempat, oleh banyak pihak terutamanya oleh kaum lelaki. Sebagai contoh, di luar negeri, kes yang tersiar besar termasuk kes Anita Hill (seorang professor perundangan) yang menuduh diganggu oleh Clerence Thomas (1991), ketua pejabat beliau semasa ia bekerja di dalam Jabatan Anti-racial Commission dan tuduhan terhadap President Clinton tak lama dulu oleh seorang pekerjanya. Keputusan mahkamah tidak mendapat Clerence Thomas bersalah. Malah semasa pembicaraan, Anita cuba digambarkan oleh banyak pihak sebagai seorang "psychotic" (Dworkin, 1992:8). Clerence selepas kes itu terus menjadi Hakim mahkamah supreme. Kes-kes lain termasuklah dalam arena sukan di mana seorang jurulatih renang Olimpik, telah dihukum penjara 17 tahun sebab didapati bersalah mengganggu dan merogol 17 penuntut ahli renang. Umur ahli renang ini adalah di antara 13-20 tahun dan perkara telah berlaku selama 15 tahun (Sun, 25 Febuari, 1996). Beratus pekerja wan ita di kilang Mitsubushi Motors, Normal, Illinois telah membuat pengaduan bersama dan mengambil tindakan mahkamah terhadap pekerja lelaki di kilang tersebut (NST, 11 April 1996). Mereka mendakwa yang selain dari diraba, bahasa kesat berunsur sexual, ada juga yang kena memberi favour sexual untuk mendapatkan jawatan. Ini adalah kes terbesar yang pernah diambil oleh mangsa gangguan seksual. Di Malaysia pula temyata sekali ada kes-kes sedemikian, antaranya kes yang sedang di dalam pembicaraan - kes Ramanathan salah seorang jurulatih sukan yang dituduh mengganggu dua ahli sukan. Bersangkutan dengan ini ialah kes kematian Rabiah Salam, kematiannya yang masih mempunyai tanda tanya ... seperti apakah yang mendorong beliau berbuat demikian, apakah tekanan pikologi yang tak dapat diatasi? Lain-lain kes yang tersiar di media massa termasuklah kes Penolong Pengurus yang mengganggu pekerjanya (Malay Mail 10 December, 1993) dan guru ugama yang men cubit kemaluan penuntutnya. Dari masa ke semasa, tersiar kes-kes lain (lihat SUN, 29 April 1996). Dari kenyatan-kenyataan di atas tadi perkara gangguan seksual kian mendapat lebih banyak perhatian di dalam media massa dan juga sebanyak sedikit di tempat kerja terutamanya di luar negara seperti di Canada, United Kingdom, Europa dan Amerika Syarikal. Misalnya Kongres Kesatuan Sekerja Britain (TUC-1983) telah mendefinasikan gangguan seksual di tempat kerja seperti berikut: "Sexual harassment can take many forms from leering, ridicule, embarassing remarks or jokes, unwelcome comments about dress or appearance, delibrate abuse, the offensive use of pin- ups, pornographic pictures, repeated sexual favours, or physical assaults on workers." |
Pages: | 58-63 |
Call Number: | BF20.S45 1996 kat sem |
Publisher: | Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.