Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418522
Title: Profil kemahiran pemikiran kritikal remaja Malaysia
Authors: Siti Rahayah Ariffin
Noriah Mohd Ishak
Rosadah Abd Majid
Zolkepeli Haron
Rodiah Idris
Nur'Ashiqin Najmuddin
Nor Azaheen Abdul Hamid
Shahrir Samsuri
Basri Hassan
Anisah Alias
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Pemikiran kritikal
Kejuruteraan
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Pemikiran kritikal diperlukan dalam profesion kejuruteraan. Kebolehan berfikir secara kritikal, saintifik dan sistematik adalah merupakan keupayaan individu berfikir secara teratur dan berstruktur untuk menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan harian (Cornell Critical Thinking Test 2004, California Critical Thinking Skill Test 1998). Kemahiran ini perlu dilatih dan diterapkan seawal usia seseorang individu, bermula dengan pelajar-pelajar di sekolah. Kertas ini bertujuan membincangkan kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah di kalangan pelajar sekolah berumur 16 hingga 17 tahun dari dua aliran iaitu aliran sains dan sains sosial. Seramai 1511 pelajar telah menjawab soal-selidik iaitu kemahiran berfikir Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyeT). Instrumen ini mengandungi 62 item yang terdiri daripada 4 subkonstruk iaitu reasoning, analytikal dan logikal, disposition dan assumptions. Profil pelajar menunjukkan keupayaan pelajar aliran sains lebih tinggi dalam kemahiran berfikir secara kritikal berbanding pelajar aliran bukan sains(peratus min pelajar aliran sains bagi reasoning 62.1, analytikal dan logikaI 35.63, disposition 73.74 dan assumptions 58.63 manakala pelajar bukan sains bagi reasoning 51.01 , analytikal dan logika 34.77, disposition 72.54 dan assumptions 57.22) dan ujian-t menunjukkan signifikan bagi dua subkonstruk (t=16.388, p=0.000; t=2.133,p=0.033). Hasil ujian-t menunjukkan pelajar sekolah bandar lebih tinggi peratus min berbanding pelajar luar bandar dan signifikan dalam keempat-empat subkonstruk yang dikaji (t=5.205,p=0.000; t=2.336,p=0.020; t=2.1 59,p=0.031 ; t=-3.369,p=0.001). Berdasarkan gender dan pendapatan keluarga hanya dua subkonstruk yang signifikan dalam ujian-t. ANOVA menunjukkan faktor bangsa hanya signifikan bagi dua subkonstruk sahaja. Kesimpulan kajian ini adalah individu yang mempunyai keupayaan dalam kemahiran berfikir secara krilikal adalah dari golongan pelajar aliran sains kerana pendedahan mata pelajaran sains yang melatih mereka membuat analisis dan sintesis dari teori,konsep, fakta dan jadual yang diperolehi semasa membuat kerja·kerja amali di dalam makmal. Implikasi kajian menunjukkan kemahiran berfikir secara kritikal perlu diterapkan kepada pelajar·pelajar bukan aliran sains dalam mata pelajaran sains sosial dan humanistik.
Pages: 100
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.