Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418520
Title: Pembangunan dan penilaian WebQuest bagi mata pelajaran Sains
Authors: Norazah Mohd. Nordin
Norainon Mohd Isa
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: WebQuest
Pedagogi
Teknikal
Inkuiri
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Penggunaan laman web dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar semakin meningkat pada ketika ini berikutan sumbangan ke arah memperkayakan pengalaman pembelajaran dan menjadikan pelajar sentiasa peka kepada perkembangan terkini. Artikel ini membincangkan tentang proses pembangunan suatu bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web, iaitu WebOuest bagi mata pelajaran sains tingkatan satu bertajuk Elements, Compounds & Mixtures: What Are They? Selain itu penilaian terhadap WebQuest ini turut dilakukan dari aspek isi kandungan, pedagogi, teknikal, inkuiri dan teori pembelajaran konstruktivisme. Metodologi pembangunan WebQuest ini adalah berpandukan kepada model rekabentuk pengajaran Hannafin & Peck (1988) yang terdiri daripada fasa analisis keperluan, fasa rekabenluk, fasa pembangunan dan pelaksanaan serta proses pengulangan yang dilaksanakan secara berterusan. Instrumen yang berbentuk soal selidik digunakan bagi menilai dari aspek isi kandungan, pedagogi, teknikal, inkuiri dan teori pembelajaran konstruktivisme yang diterapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa WebOuest Sains Tingkatan Satu yang telah dibangunkan ini sesuai dari aspek kandungan dan juga teknikal serta menerapkan aspek inkuiri dan teori pembelajaran konstruktivisme di dalamnya.
Pages: 99
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.