Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418512
Title: | Profil pengajaran guru-guru Sains matrikulasi dan faktor-faktor yang mempengaruhinya |
Authors: | NooraidaYakob Rohaty Mohd Majzub Norzaini Azman |
Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
Keywords: | Proses pengajaran Kolej matrikulasi |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
Abstract: | Proses pengajaran merupakan satu proses penting dalam mewujudkan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajarnya. Oleh sebab kolej matrikulasi merupakan sebuah kolej prauniversiti maka setiap proses pengajaran yang dilaksanakan perlu diberi perhatian khususnya terhadap mata pelajaran sains yang penuh dengan pelbagai konsep abstrak. Dalam mencapai hasrat tersebut, satu profil profesionalisme pengajaran telah dibina sebagai panduan dan landasan dalam menghasilkan satu bentuk pengajaran yang fleksibel, kreatif dan inovatif. Melaluinya, keperluan pembelajaran pelajar serta kehendak pendidikan abad 21 akan dapat dicapai. Justeru kajian ini bertujuan mengenal pasti corak profil dan subprofil profesionalisme pengajaran yang dimiliki oleh guru-guru sains matrikulasi secara keseluruhan. Selain itu, ia juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara setiap profil serta mengenal pasti faktor-faktor yang mernpengaruhi profil profesionalisrne ini. Data untuk kajian ini merangkumi 344 orang guru sains dari 8 buah kolej matrikulasi yang terletak di Sernenanjung Malaysia. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen utarna kajian ini dan telah disokong dengan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian tidak turut serta dan temu bual berstruktur. Kajian ini mendapati secara keseluruhan corak profil profesionalisme pengajaran guru-guru sains ini telah didorninasi oleh pengetahuan profesional dan sikap profesional. Seterusnya kajian juga menunjukkan setiap profil profesionalisme pengajaran yang dikaji mempunyai hubungan yang signifikan. Manakala bagi faklor yang dikaji pula, faktor kepimpinan pengajaran ketua jabatan merupakan laktor utama yang mempengaruhi profil profesionalisme pengajaran ini berbanding faktor iklim kolej. Adalah diharapkan dengan adanya dapatan kajian ini, dapat membantu pihak pentadbiran matrikulasi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan guru-guru sains terhadap proses pengajaran yang dilaksanakan. |
Pages: | 94 |
Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.