Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418502
Title: | Upaya meningkatkan sikap pelajar terhadap matematik dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik melalui soalan berayat berbentuk kontekstual |
Authors: | Zulkarnain |
Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
Keywords: | Matematik Aktiviti pembelajaran |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
Abstract: | Ruseffendi (1988) menyatakan bahawa pengetahuan matematik diperoleh melalui pendidikan mulai dari peringkat sekolah rendah hingga pendidikan tinggi. Matematik dipelajari hampir pada setiap peringkat pendidikan, sebab matematik sangat penting bagi pelajar, iaitu sebagai alat bantu, sebagai ilmu, sebagai pembimbing pola berpikir, dan sebagai pembentuk sikap. Sikap yang baik di sekolah selalu dibuhungkaitkan dengan markah yang tinggi yang diperolehi oleh pelajar. Markah yang tinggi bukan disebabkan oleh mereka bersikap baik di sekalah, melainkan sikap mereka pada pelajaran ditentukan pula oleh faklor lain yang turut menentukan pencapaian Pelajar. Antara faklor tersebut ialah cara guru mengajar dengan baik. Ini boleh menentukan sikap pelajar sebaik mungkin pada pekerjaannya di dalam bilik darjah. Oleh itu, strategi guru mengajar yang banyak melibatkan pelajar aktif dan menjadikan situasi selesa akan menentukan sikap pelajar yang positif atau negatif dan mempengaruhi pencapaiannya terhadap pelajaran. Jika guru boleh menggalakkan pelajar selalu terbabit dalam aktiviti pembelajaran, maka beliau dapat mengubah sikap positif pelajar dalam berinteraksi dan menghadapi pelajaran Matematik. Sementara itu, hasil belajar matematik pelajar dapat dilihat dari kemampuannnya menyelesaikan soalan matematik yang terdiri daripada soalan pengiraan (soalan bukan berayat) dan soalan berayat. Soalan berayat adalah soalan yang disajikan dalam bentuk cerita dan berkaitan dengan keadaan yang dialami pelajar dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, kepada pelajar diajarkan soalan-soalan yang diambil daripada hal-hal yang terjadi dalam pengalaman-pengalaman pelajar atau kehidupan seharian, sehingga dengan diajarkannya soalan-soalan berayat kepada pelajar akan berimpak kepada sikap pelajar yang baik terhadap Matematik. Namun kenyataan yang terjadi sekarang adalah hal yang terbalik, iaitu banyak pelajar yang mempunyai sikap yang kurang baik terhadap pelajaran Matematik. Banyak pelajar yang berasa takut jika mendengar kata Matematik, pelajar lebih suka pelajaran selain Matematik di sekolah, pelajar lebih suka keluar pada saat jam pelajaran Matematik. Hal ini disebabkan pengajaran dan pembelajaran selama ini cenderung bersifat sekedar memindahkan ilmu pengetahuan saja, dimana guru hanya mengajarkan materi pelajaran menurut urutan yang ada di buku tanpa adanya kreatifitas guru mengatur pemberian materi pelajaran. Keadaan ini harus diubah dengan mengarahkan kepada kegiatan yang bersifat pembaharuan dalam pembelajaran yang dapat menyelesaikan persoalan di atas. Salah satu pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan adalah pengajaran dan pembelajaran Matematik melalui soalan berayat berbentuk kontekstual. Rumusan masalah dalam penyelidikan ini adalah: "Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap matmatik sebelum dan setelah pengajaran dan pembelajaran matematik melalui saalan berayat berbentuk kontekstual? Sedang tujuan penyelidikan ini untuk mengenal pasti adakah perbezaan sikap pelajar terhadap Matematik sebelum dan setelah pengajaran dan pembelajaran matematik melalui saalan berayat berbentuk kontekstual Bentuk penyelidikan ini adalah kajian tindakan kolabaratif. Subjek penyelidikan adalah siswa kelas V-A SDN 003 Rumbai Pekanbaru yang berjumlah 21 orang. Penyelidikan ini dilaksanakan dalam tiga pusingan yang dilaksanakan pada semester ganjil tahun pelajaran 2008/2009. |
Pages: | 88 |
Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.