Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418501
Title: Penggunaan pembelajaran Koperatif Tipe Stad dalam proses pembelajaran Matematik bagi meningkatkan pencapaian pelajar di SMP Negeri 13 Pekanbaru
Authors: Poritas
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Pembelajaran Koperatif Jenis Stad
SMP
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Kajian ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan bagi meningkatkan pencapaian pelajar di SMP 13 dengan penggunaan pembelajaran koperatif Jenis Stad pada bidang Lilitan Bulatan. Subjek kajian adalah pelajar SMP Negeri 13 darjah VIl-4 tahun pelajaran 2005/2006 seramai 43 orang dan dibandingkan dengan darjah VII-9 dengan sistem pembelajaran tradisional. Data pencapaian daripada hasil ujian dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif. Pencapaian pelajar dapat diketahui daripada ketuntasan individu dan bilik darjah. Berasaskan kepada dapatan kajian diketahui bahawa pencapaian pada bilik darjah yang menggunakan pembelajaran koperatif jenis Stad memiliki peringkat ketuntasan individu seramai 38 pelajar, dengan peringkat ketuntasan kumpulan lebih kurang 88,37% (tuntas). Dapatan ini lebih tinggi berbanding bilik darjah yang menjalankan pembelajaran dengan cara tradisional , iaitu peringkat ketuntasan individu seramai 27 pelajar, dengan peringkat ketuntasan kumpulan lebih kurang 62,79% (tidak tuntas). Berasaskan dapatan analisis data dapat diperkatakan bahawa penggunaan pembelajaran koperatif jenis Stad dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar SMP, samada secara individu maupun secara kumpulan.
Pages: 87
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/418501
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.