Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/417149
Title: Penerimaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris: konflik antara dua darjat
Authors: Nor Hashimah Jalaluddin
Conference Name: Language And Nationhood : Confronting New Realities : International Conference
Keywords: Sains -- Pengajaran dan pembelajaran
Matematik -- Pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris -- Pengajaran dan pembelajaran
Conference Date: 2003-12-16
Conference Location: Putrajaya Marriot Hotel
Abstract: Pelaksanaan dasar baru terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah memberikan impak kepada pelajar dan guru. Satu kajian telah dijalankan ke atas 971 orang murid tingkatan 1, tingkatan 6 dan pelajar matrikulasi yang menghadapi dasar baru ini, 43 guru Sains dan Matematik (S&M) dan 93 orang ibubapa yang anak mereka terlibat dengan dasar ini. Tinjauan awal mendapati guru yang memperlihatkan skor yang tinggi dalam menyokong S&M dalam bahasa Melayu , diikuti pelajar dan ibubapa. Guru mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap BM iaitu 70% berbanding pelajar 51 % dan hanya 7% di kalangan ibubapa. Guru bandar, berusia kurang dari 40 tahun dan mempunyai pengalaman 11 -20 tahun mengajar menunjukkan komitmen yang tinggi. 96% guru mendapati minat pelajar terhadap S&M tidak bertambah setelah diajar dalam BI. 98% guru mendapati pelajar mempunyai masalah dalam memahami subjek itu sejak diajar dalam BI dan 94% guru berpendapat keputusan S&M dalam BI tidak membanggakan. Bagi responden bukan Melayu dan aliran jenis kebangsaan memberikan pola jawapan yang lain pula. Laporan Kementerian pula baru-baru ini menunjukkan pencapaian yang sangat memuaskan terhadap S&M sejak diajar dalam BI. Konflik timbul di antara pentadbir dan pelaksana. Konflik ini menimbulkan kekeliruan terhadap dasar pendidikan sendiri. Yang jelas menjadi 'mentimun' ialah pelajar yang tersepit di tengah-tengah konflik ini. Pentadbir yang dilihat sebagai kuasa pusat( centra~ menekan guru yang berada di pihak pinggiran (periphera~. Ini selari dengan gagasan 'Language and Power' yang diketengahkan oleh Philipson (1992). Apakah kesan konflik ini ke atas negara bangsa. Dasar yang jelasnya keliru dikhuatiri akan menghasilkan generasi pelajar yang keliru dengan masa depan mereka dan secara tidak langsung akan memberi impak yang besar pada pembinaan negara bangsa di mas a muka.
Pages: 81
Call Number: P35.I554 2003 n.1 sem
Publisher: School of Language Studies and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.