Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/396220
Title: Pembangunan daripada modenisasi kepada globalisasi
Authors: Abdul Rahman Embong
Conference Name: Seminar Kebangsaan Falsafah dan Peradaban Pembangunan di Alaf Baru
Keywords: Revolusi industri
Pembangunan
Ekonomi
Conference Date: 2000-09-11
Conference Location: Bilik Jumaah, UKM
Abstract: Dalam sejarah, mungkin tidak ada satu idiom atau konsep yang telah menimbulkan imej yang amat kuat dan berpengaruh dalam minda begitu ramai umat manusia berbanding dengan ungkapan 'pembangunan'. Sekalipun proses pembangunan - dalam ertikata perubahan dan kemajuan yang dirancang manusia dalam mengubah persekitarannya -- telah dilalui oleh pelbagai masyarakat pada kadar yang berbeza-beza sejak awal sejarah, namun ungkapan ini menjadi kalimat yang emotif mulai abad ke-19 setelah berlakunya Revolusi Industri, dan lebih-Iebih lagi selepas Perang Dunia Kedua apabila pelbagai negara yang baru mencapai kemerdekaan berusaha untuk membebaskan dirinya daripada kemunduran. Ungkapan ' pembangunan ' mempunyai daya takrifan atau the power 10 define yang begitu kuat. Berdasarkan ungkapan ini , sekelompok manusia dan masyarakat ditakrifkan sebagai 'maju ' manakala sekelompok lain yang jauh lebih besar bilangannya pula ditakrifkan sebagai 'mundur' atau 'terbelakang'. Skima binari sedemikian juga meletakkan tarnadun manusia dalam satu skala 'tinggi-rendah' , dengan yang 'tinggi' di katakan, menunjukkan imej hari depan kepada yang 'rendah' dan contoh ikutan baginya untuk meningkatkan tahap kemajuannya. Dilihat daripada perspektif evolusi. pembangunan berkembang mengikut garis lurus atau linear daripada tahap rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Satu jurang dikatakan wujud di antara yang maju dengan yang kurang maju, maka dengan itu, tugas negara kurang maju ialah melakukan usaha catching up, atau mengejar dan mengecilkan jurang tadi.
Pages: 1-15
Call Number: B798.M3.S45 2000 sem
Publisher: Fakulti Sains Pembangunan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.