Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395894
Title: Penggunaan kalkulator grafik dalam pembelajaran dan pengajaran kalkulus dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Authors: Rohanl Ahmad Tarmizi
Ahmad Fauzi Mohd Ayub
Kamariah Abu Bakar
Wan Rosida Wan Hassan
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Kalkulator grafik
Matematik
Kalkulus
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Pembelajaran matematik adalah penting di semua peringkat institusi pengajian. Terdapat banyak bukti yang mengatakan bahawa pembelajaran matematik pada peringkat sekolah menengah dan kolej akan lebih efektif dan berkesan dengan aplikasi penggunaan perisian dinamik. Lebih dari itu, penggunaan peri sian dinamik ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Secara konsepnya, pengajaran berbantukan teknologi memberi kesan yang positif ke atas pembelajaran matematik serta melahirkan kumpulan pelajar yang aktif dan dapat meningkatkan pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah. Teknologi baru seperti perisian komputer dan kalkulator grafik memberi dijangkakan dapat memberi kesan positif keatas sistem pendidikan. Kalkulator grafik adalah satu alat yang digunakan dalam pengajaran matematik yang mana mampu menghasilkan ilustrasi geometrik, graf, ketaksamaan dan transformasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan kalkulator grafik dalam pembelajaran kalkulus ke atas pencapaian pelajar. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kuasi-eksperimen. Dua buah kelas dipilih secara rawak untuk kajian ini. Kumpulan eksperimen adalah kumpulan yang mengikuti pembelajaran menggunakan kalkulator grafik manakala kumpulan kawalan adalah kumpulan yang mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah konvensional. Pelajar telah mengikuti aktiviti pengenalan kepada penggunaan kalkulator grafik pada awal kajian dan seterusnya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (di waktu kelas biasa) yang berintegrasikan penggunaan grafik kalkulator serta modul aktiviti. Modul ini terdiri daripada langkah-Iangkah terperinci serta soalan-soalan latihan bagi mengukuhkan pemahaman konsep kalkulus. Seterusnya sesi penilaian dijalankan dengan mengguna ujian-pos dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan kesan penggunaan kalkulator grafik adalah positif dari persepsi pelajar berbanding dengan kaedah konvensional. Walau bagaimanapun, kesan ke atas pencapaian pelajar masih didapati rendah berbanding dengan pencapaian pelajar konvensional. Dapatan ini memberi implikasi terhadap pelaksanaan atau pengintegrasian grafik kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya matematik.
Pages: 77
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.