Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395893
Title: Pembelajaran Matematik realistik melalui kumpulan kecil untuk mengembangkan kemampuan pelajar SMP dalam penyelesaian masalah Matematik
Authors: Saidina Ali, Dasril
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: Matematik
SMP
Pembelajaran realistik
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Kajian ini bermula daripada beberapa fenomena yang ada sekarang, diantaranya pelajar masih mengalami kesukaran dalam belajar matematik, pengetahuannya terpisah dari dunia nyata, matematik didedahkan sebagai sebuah ready - made product, teacher center, serta mengabaikan model dan strategi pembelajaran. Sebuah jawapan bagi pengkaji telah ada dalam kajian ini yang dibina dengan dua bilik darjah sebagai kumpulan uji kaji dan kumpulan kawalan. Dua kumpulan uji kaji itu adalah berbentuk kumpulan dan berbentuk klasikal. Kumpulan kawalan juga dibuat berkumpulan. sedangkan model pembelajarannya adalah tradisional. Populasi adalah semua pelajar kelas VIII SMPN di Kabupaten INHU Propinsi Riau Indonesia. Manakala sampel kajian adalah tiga SMPN yang diambil secara acak dari dua puluh satu SMP yang ada. Pengumpulan data dilakukan melalui ujian pra, ujian pas, Skala sikap, dan Observasi. Untuk melihat perbezaan kemampuan memecahkan masalah matematik antara kumpulan E-1, E-II, dan kawalan digunakan ujian ANOVA satu alur, kemudian untuk melihat seberapa besarnya perbezaan itu, dilakukan ujian Scheffe dengan laraf kepercayaan 0 = 0,05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan kemampuan pelajar SMP dalam pemecahan masalah matematik antara kumpulan rawatan 1, rawatan II dan kawalan. Sedangkan skor sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik adalah sebesar 1,38 diatas skor netral. Berdasarkan anal isis tersebut dapat disimpulkan bahawa: 1) Pelajar yang mendapat pembelajaran matematik realistik melalui kumpulan kecil signifikan memiliki kemampuan pemecahan masalah matematik lebih baik daripada pembelajaran matematik klasikal dan pembelajaran tradisional; 2) Pelajar dapat menerima pembelajaran matematik dengan pendekatan pembelajaran matematik realistik untuk memecahkan masalah dan menunjukkan sikap positif terhadap matematik, model pembelajaran realistik, serta terhadap soalan-soalan ujian pemecahan masalah yang diberikan.
Pages: 76-77
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395893
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.