Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395889
Title: | Peningkatan pencapaian Biologi pelajar melalui model pembelajaran Jig-TGT di Kelas XII SMA Negeri 5 Pekanbaru |
Authors: | Asnilawati, S.Pd |
Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
Keywords: | Jig-TGT (Jigsaw-TGT) Biologi |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
Abstract: | Berdasark'an kajian lapangan yang telah dijalankan, materi pelajaran biologi yang diajarkan pada kelas XI I termasuk materi yang cakupannya cukup luas dan berisikan pemahaman yang menuntut pelajar untuk dapat menalarkan ilmunya. Sementara kenyataan yang ditemukan sehari-hari di kelas ialah bahawa seringkali guru melaksanakan pembelajaran secara tidak efektif dimana guru hanya memberikan tugasan kepada pelajar secara berkumpulan untuk melakukan perbincangan yang biasanya hanya didominasi oleh satu atau dua orang tertentu. Perbincangan seperti ini sering berakhir dengan penjelasan materi yang didominasi guru kerana kurangnya interaktif dalam perbincangan dan pelajar yang tidak aktif hanya berperan sebagai penonton. Akibatnya apa yang diharapkan dari tujuan pembelajaran tidak tercapai. Hal inilah yang memberikan sokongan kepada pengkaji untuk membuat model pembelajaran Jig-TGT. Model pembelajaran Jig-TGT merupakan salah satu model pembelajaran yang dapat memotivasi pelajar kerana dengan model ini guru memfasiliti pelajar agar pelajar mendapat informasi yang bermakna dan dapat menerapkan idea mereka sendiri terhadap informasi yang diperoleh dari team ahli mereka masing·masing. Dalam pembelajaran ini guru bertugas mengelola kelas sebagai sebuah tim yang bekerjasama untuk menemukan konsep sebagai hal yang harus diinformasikan kepada anggota team yang lain. Dengan demikian pembelajaran akan berpusat pada pelajar (student centered) yang akan mengarahkan anak pada pengetahuan yang lebih mendalam dan tahan lama daripada sekedar ingatan terhadap fakta-fakta yang diinformasikan oleh guru atau buku-buku teks (Piaget, 1964). Model pembelajaran Jig-TGT juga merupakan model pembelajaran koperatif yang memotivasi pelajar belajar dan berkompetisi sesama anggota dalam kumpulan yang dilaksanakan dalam suatu tournament dengan suasana yang menyenangkan (joyfull learning). Berdasarkan hal di alas pengkaji mencuba melihat efektifiti pembelajaran dengan tajuk" Peningkalan Pencapaian Biologi Pelajar Melalui Model Pembelajaran Jig-TGT di Kelas XII SMA Negeri 5 Pekanbaru. Model pembelajaran Jig-TGT (Jigsaw-TGT) termasuk tipe pembelajaran koperatif. |
Pages: | 71 |
Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395889 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.