Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395832
Title: Tanggapan murid tingkalan empat PEKA Sains di sekolah menengah di bahagian Sibu
Authors: Ling, Mee Ling
Conference Name: Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education
Keywords: PEKA Sains
Sarawak
Sekolah menengah
Conference Date: 2008-12-01
Conference Location: Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor
Abstract: Kajian ini secara umum bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan PEKA di peringkat sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tanggapan murid Tingkatan Empat terhadap PEKA Sains di sekolah menengah. Kajian ini mengkaji persepsi murid terhadap PEKA berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan antara persepsi murid dengan sikap saintifik dan nilai murni serta kemahiran saintifik melalui PEKA. Kajian ini berbentuk deskriptif dan dijalankan melalui kaedah tinjauan. Data kajian dikumpul melalui soal selidik dan melibatkan 200 orang murid yang terdiri daripada 100 orang murid lelaki dan 100 orang murid perempuan dari empat buah sekolah di bahagian Sibu, iaitu dua buah sekolah terletak di bandar manakala dua buah sekolah terletak di luar bandar. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (analisis korelasi Pearson dan analisis regresi pelbagai). Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa murid mempunyai min persepsi (min = 3.45, sisihan piawai = 0.4724) yang sederhana terhadap pelaksanaan PEKA Sains. Min bagi kesediaan murid melaksanakan PEKA ialah 3.52 dan sisihan piawai ialah 0.5825. Murid-murid dalam kajian ini secara keseluruhan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni melalui PEKA dengan min keseluruhan 3.70. Kemahiran saintifik murid melalui PEKA pada keseluruhannya pada aras sederhana dengan min 3.50. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara persepsi murid terhadap PEKA berdasarkan jantina dan lokasi sekolah.
Pages: 61-62
Call Number: LC65.S288 2008 sem
Publisher: Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395832
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.