Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395825
Title: | Kemahiran guru sebagai pengurus dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam kerja amali Fizik |
Authors: | Nurzatulshima Kamarudin Lilia Halim T. Subahan Mohamad Meerah Kamisah Osman |
Conference Name: | Science and Mathematics Education Regional Conference 2008 (SMEReC 2008): sustainable human capital development through science and mathematics education |
Keywords: | Kemahiran guru Sains Kaedah amali |
Conference Date: | 2008-12-01 |
Conference Location: | Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor |
Abstract: | Dalam mata pelajaran sains, penekanan pendekatan hands-on diaplikasikan dalam kaedah amali. Peranan guru sebagai pengurus amat penting memandangkan ia merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar yang mengandungi aktiviti penyiasatan melalui perancangan, pelaksanaan dan perbincangan. Melalui kaedah amali, pelajar sendiri memainkan peranan dalam memperolehi maklumat berkaitan konsep atau topik yang dipelajarinya. Bagaimanapun, tanpa perancangan, arahan dan pemantauan guru, domain kognitif, psikomotor dan afektif yang sepatutnya terhasil melalui kerja amali, tidak akan tercapai. Kertas kerja ini memaparkan hasil kajian ke atas tiga orang guru Fizik novis, yang mengurus pelajar dalam kelas amali. Kajian yang berbentuk kajian kes ini menggunakan responden yang dipilih secara purposeful sampling. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan pengumpulan data melalui pemerhatian guru, temu bual pelajar dan analisis dokumen pelajar. Semua data dianalisis secara manual setelah instrumen yang digunakan dinilai kesahan dan kebolehpercayaannya semasa kajian rintis. Hasil kajian menunjukkan guru mengurus pelajar dengan membahagi mereka kepada beberapa kumpulan. Namun didapati penglibatan pelajar dalam kerja amali dalam setiap kumpulan adalah berbeza-beza. Selain daripada itu, didapati tindakan rondaan dan teguran sepanjang kerja amali berlangsung, membantu penglibatan mereka. Daripada hasil kajian ini, dikemukakan satu garis panduan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas amali. Penglibatan pelajar yang aktif dalam pembelajaran amat membantu penghasilan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif dan berketerampilan. |
Pages: | 57 |
Call Number: | LC65.S288 2008 sem |
Publisher: | Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.