Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395730
Title: Merealisasikan pembentukan negara bangsa: sumbangan sastera kebangsaan
Authors: Chew, Fong Peng
Conference Name: Language And Nationhood : Confronting New Realities : International Conference
Keywords: Negara bangsa
Sastera Melayu
Conference Date: 2003-12-16
Conference Location: Putrajaya Marriot Hotel
Abstract: Pembentukan negara Malaysia dilakukan dalam pelbagai pendekatan politik, pentadbiran dan polisi, ekonomi, pendidikan atau sosial. Proses Pembentukan itu kebanyakanya dirancang oleh negara- negara membangun selepas penjajahan (selepas Perang Dunia Kedua). Dalam konteks itu, Malaysia juga mempunyai pendekatan membentuk negara bangsa berdasarkan keperluannya, yakni menjadikan Rukunegara sebagai teras dalam kerangka tersebut. Ini dilengkapi pula dengan pelaksanaan pelbagai jenis dasar negara seperti Dasar Bahasa Kebangsaan , Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020. Selama ini, tumpuan terhadap sumbangan Bahasa Melayu terhadap pembentukan negara bangsa yang bersatu telah dijalankan secara meluas, sebaliknya kajian terhadap kesusasteraan Melayu dalam perkara ini adalah kurang. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi membuktikan bahawa kesusasteraan Melayu turut memainkan peranan dalam pembentukan negara Malaysia. Pengkaji memlilih 1,200 orang pelajar daripada Tingkatan 4, Tingkatan 6, dan universiti di negeri Selangor. Sebanyak 50 buah cerpen telah dipilih daripada-karya Sasterawan Negara, antologi Sayembara, Menara, Mereu, dan Hadiah Utusan Melayu- Public Bank. Hasilnya 12 indeks dikenalpasti berkaitan dengan kahwin antara etnik, kepercayaan agama, kebebasan beragama, semangat nasionalisme, kesetiaan kepada tanah air, karisme kepimpinan, nilai luhur, kemesraan, pendidikan kebangsaan, bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, dan kerjasama ekonomi. Alat kajian ialah soal selidik yang dibangunkan dalam satu konstruk berdasarkan Skala Likert (1936) untuk mengkaji markat min dan sisihan lazim bagi responden Tingkatan 4 sebanyak 4.0340 (0.9353), Tingkatan 6 ialah 4.0292 (0.9758), universiti pula 4.0217 (0.9071). Manakala analisis regresi pelbagai pula menunjukkan bahawa sastera Melayu tersebut mengisi matlamat membina semangat kenegaraan sebanyak 6.2% kepada para responden. Kesimpulannya dapatan kajian itu menunjukkan sastera Melayu dapat menyumbang ke arah pembentukan negara bangsa di Malaysia.
Pages: 51
Call Number: P35.I554 2003 n.1 sem
Publisher: School of Language Studies and Linguistics, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395730
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.