Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395719
Title: | Penggunaan Komik Digital dalam pembelajaran peribahasa murid tahun lima |
Authors: | Zainuddin Wahono Zamri Mahamod |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Komik Digital Peribahasa Murid tahun lima |
Conference Date: | 19/05/2019 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Kajian ini untuk mengkaji penggunaan Komik Digital dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan ((PdPc) bagi meningkatkan pencapaian peribahasa murid tahun 5. Kajian ini berhentuk kajian eksperimen kuasi. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah daerah Kuala Langat yang melibatkan murid tahun 5. .kumpulan murid eksperimen terdiri daripada 30 orang murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Komik Digital dalam meningkatkan pencapaian pembelajaran peribahasa dalam kalangan murid tahun lima. Dalam kajian ini pengkaii menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pos bagi membandingkan pencapaian eksperimen dalam pembelajaran peribahasa. Secara langsung mengetahui tahap keberkesanan penggunaan komik digital dan perbezaan pencapaian kumpulan eksperirnen. Statistik inferensi digunakan untuk melibatkan analisis skor rnin dan ujian-t. Aras keyakinan p > .05 digunakan sebagai aras yang signifikan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik inferensi. Analisis inferensi menunjukkan keputusan kajian hipotesis tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor ujian pra dan ujian pos kumpulan eksperimen adalah signifikan (t= -20.28, df = 58, p < 0.05). Maka, hipotesis nul ditolak. Kesimpulannya, penggunaan komik digital dapat meningkatkan kemahiran peribahasa murid dan menjawab persoalan kajian. Cadangan kajian seterusnya menggunakan Komik Digital dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Selain itu, pengkaji mencadangkan mereka bentuk semula kajian ini dengan menggunakan statistik regrasi berganda bagi mengenal pasti pemboleh ubah yang dapat memberikan kesan Iangsung dan kesan tidak langsung terhadap pencapaian murid dalam peribahasa seta dapat membentuk model faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian peribahasa dalam kalangan murid. |
Pages: | 648-657 p. |
Call Number: | LC903 .I538 2019 katsem |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.