Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395716
Title: Kefahaman guru terhadap pembelajaran melalui bermain dalam meningkatkan pengalaman kanak-kanak prasekolah
Authors: Hazirah Zainudin
Kamariah Abu Bakar
Maimun Aqsha Lubis
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Belajar melalui bermain
Peranan guru
Kanak-kanak prasekolah
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Melahirkan generasi yang hebat merupakan satu kejayaan yang gemilang bagi sesebuah negara. Percaturan dalam menentukan kejayaan untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara haruslah bertitik-tolak dari seawal usia. Justeru, pemantapan kualiti pendidikan di peringkat awal khususnya prasekolah perlu diperkemaskan. Kurikulum pendidikan di prasekolah sangat menggalakkan pendekatan belajar melalui bermain kerana ia sangat sinonim dengan sifat kanak-kanak. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti pengajaran di prasekolah seharusnya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Walau bagaimanapun guru prasekolah perlulah memahami konsep belajar melalui bermain terlebih dahulu supaya pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain dapat dijalankan dengan berkesan. Namun masih terdapat kajjan yang menyatakan guru kurang memahami konsep belajar melalui bermain. Sehubungan dengan itu, kajjan ini dijalankan untuk meneroka sejauh mana kefahaman guru terhadap pembelajaran melalui dalam meningkatkan pengalaman kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes ini melibatkan dua orang guru prasekolah. Hasil kajian mendapati bahawa para peserta kajian mempunyai tafsiran yang sama terhadap konsep bermain iaitu sesuatu yang menyeronokkan, mempunyai unsur penerokaan dan memberi motivasi kepada kanak-kanak. Hasil kajian juga mendapati guru ada melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain akan lebih bermakna sekiranya guru memahami konsep belajar melalui bermain dan mengatasi kekangan yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti belajar sambil bermain.
Pages: 678-687 p.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.