Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395632
Title: Peradaban Islam dalam tamadun Melayu dari aspek pemikiran politik pada pra-kemerdekaan
Authors: Siti Nur Fatin Farhana Yusof
Mohd. Isa Hamzah
Maimun Aqsha Lubis
Ariyana Adam
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Peradaban Islam
Politik
Tanah Melayu
Pra-kemerdekaan
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Peradaban Islam merupakan peradaban terunggul yang menjadi contoh tauladan dan memberikan banyak sumbangan kepada dunia Islam amnya dan khasnya di Tanah Melayu. kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke-15 telah memberi impak yang besar bagi ketamadunan bangsa dan negara khususnya dari aspek politik dalam menjamin corak pentadbiran, kepimpinan dan pengurusan yang bagus. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membahaskan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan hubungan politik dengan Islam oleh para Fuqaha Islam. Selain itu, kajian ini akan mengenalpasti kemunculan entiti politik pada pra-kemerdekaan. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan kajian kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang terdiri daripada sumber bahan ilmiah seperti jurnal, kertas prosiding, buku dan bahan maklumat lain. Hasil kajian mendapati bahawa kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya dalam bidang politik. Pembentukan entiti politik di Malaysia pada pra-kemerdekaan menjurus pada etnik tertentu. Elemen etnik merupakan prasyarat utama dalam pembentukan sesebuah parti politik demi mewujudkan integrase antara kaum dalam urusan pentadbiran negara. Tanpa kedudukan politik yang stabil dan bersistematik maka sesebuah negara atau masyarakat pasti akan menghadapi kekacauan sekaligus menuju ke arah kehancuran.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.