Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395625
Title: | Perbandingan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan Andalus dalam konteks syumul (teori) dan al-Waqa'iyyah (praktikal) |
Authors: | Puteri Nur Hazirah Othman Hafizhah Zulkifli Maimun Aqsha Lubis Noorazlinah Awang |
Conference Name: | International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology |
Keywords: | Falsafah Pendidikan Islam Pendidikan Islam Andalus Syumul Al-Waqa???iyyah |
Conference Date: | 19/05/2019 |
Conference Location: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan |
Abstract: | Kertas konsep ini membincangkan berkenaan definisi falsafah Pendidikan Islam di Malaysia dan Falsafah Pendidikan Andalus dalam konteks syumul (teori) dan al-Waqa'iyyah (praktikal) yang mana ia merupakan suatu ilmu yang penting bagi pembentukan akhlak dan individu seorang Muslim. Perbincangan yang dikupas di dalam kertas konsep ini ialah mengenai perbandingan di antara falsafah Pendidikan Islam di Malaysia dan falsafah Pendidikan Andalus dalam konteks syumul (teori) dan al--waqa'iyyah (praktikal) yang menekankan pendidikan agama sebagai dalam pembangunan tamadun. Kertas konsep ini bertujuan untuk: (i) menjelaskan Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia dan Andalus dalam konteks syumul (teori) dan al-waqa???iyyah (praktikal); (ii) menjelaskan perbezaan falsafah Pendidikan Islam dan Andalus dalam konteks syumul (teori) dan al-waqa???iyyah (praktikal); (iii) menjelaskan persamaan falsafah Pendidikan Islam dan Andalus dalam konteks syumul (teori) dan aI-waga'iyyah (praktikal). Bagi mencapai tujuan tersebut, kaedah berbentuk kualitatif yang menganalisis data secara kepustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat jurang perbezaan yang muncul antara kedua-dua falsafah dalam konteks syumul (teori) dan al-waqa???iyyah (praktikal) iaitu dalam konteks syumul perbezaannya iailah dari segi pembelajaran secara tidak formal, tarikh perkembangan Pendidikan Islam, penubuhan universiti Islam, sistem pendidikan, mata pelajaran dalam konteks syumul (teori) dan pembelajaran lanjutan peringkat menengah. Perbezaan dalam konteks al-waqa???iyyah (praktikal) ialah dari segi kurikulum pendidikan, mata pelajaran dalam konteks al-waqa???iyyah (praktikal) dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Persamaan FaIsafah Pendidikan Islam di Malaysia dan Andalus dalam konteks syumul dan al-waqa???iyyah ialah penekanan terhadap ilmu agama, pembelajaran awal kanak-kanak dan kaedah pengajaran konvensional. Terdapat beberapa sumbangan Falsafah Pendidikan Andalus terhadap Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia sebagai langkah kemajuan dalam pembinaan tamadun daripada semua aspek meliputi intelek, rohani, emosi dan jasmani. |
Call Number: | LC903 .I538 2019 katsem |
Publisher: | Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.