Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395623
Title: Pemerkasaan pendidikan menghadapi penjajahan pemikiran moden
Authors: Yazid Isa
Mohd Isa Hamzah
Maimun Aqsha Lubis
Nadhirah Mohd Farid
Conference Name: International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education Linguistics, Social Sciences and Educational Technology
Keywords: Budaya
Tamadun
Pemikiran moden
Pendidikan
Conference Date: 19/05/2019
Conference Location: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan
Abstract: Budaya dan tamadun memainkan peranan penting dalam mencorakkan rupa bentuk sesuatu bangsa atau masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan peradaban Islam masa silam lahir daripada bangsa yang mempunyai jati diri dan berpegang teguh terhadap ajaran Islam. Walau bagaimanapun, penyebaran pemikiran bentuk baru yang lebih mudah tersebar melalui pelbagai saluran seperti ICT, internet, penerbitan dan bantuan lebih mudah mempengaruhi masyarakat. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan pengaruh pemikiran moden dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia serta mengenalpasti usaha untuk merekayasa umat menghadapi penjajahan pemikiran moden. Metodologi kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dengan mengkaji dan meneliti kandungan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan serta merujuk kepada sumber-sumber ilmiah daripada perpustakaan termasuklah buku,jurnal, artikel prosiding, dan kajian-kalian lepas. Dapatan kajian lepas mendapati terdapat dua isi utama yang menjadi topik utama dalam media global adalah; (I) Bias gender di Malaysia. (2) Budaya Hedonisme dalam masyarakat Islam. Justeru itu, pendidikan dijadikan medium utama untuk membantu umat menghadapi penjajahan pemikiran moden iaitu dengan memberi kesedaran melalui pendidikon informal, pemerkasaan pendidikan dalam kalangan remaja dan belia serta pendidikan mesti diberi bermula daripada anak-anak mengikut petunjuk-petunjuk yang telah digariskan oleh agama sebagai tujuan menghindarkan masyarakat Islam daripada pemikiran yang terjajah.
Call Number: LC903 .I538 2019 katsem
Publisher: Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) & Fakulti Pendidikan UKM,Fakulti Pendidikan, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.